Ads 468x60px

Photobucket

keep calm

keep calm
Memaparkan catatan dengan label Usrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usrah. Papar semua catatan

Oktober 30, 2014

Usrah Gabungan - KPIJ - ABIM - WADAH -

  
Catatan Usrah Gabungan - KPIJ - ABIM - WADAH-

Fitnah Hati

“Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tumpang tindih satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan hawa nafsunya.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207).

-Berhati2 dengan penyakit yang ada dalam dakwah-- apabila dia rasa sudah sempurna--merasakan sudah capai tahap makrifat

-"antara kita dengan syaitan, syaitan lebih mengenali Allah, setakat memesongkan orang beriman adalah perkara mudah, jangan bergantung kepada amal, sentiasa bersihkan hati, semakin rapat dengan Allah S.W.T.

-Sasaran pendidikan adalah hati, untuk mengubah dan berubah perlu 'transform' hati..

-Hijrah hati semata2 kerana Allah S.W.T, jika hijrah kerana sesuatu yang lain, maka hijrah dinamakan dengan sebab hijrahnya. Hijrah berlaku disekeliling kita,atau dikenali sebagai 'transformasi' atau penggunaan nama yang lain. 

-Hati dan Ilmu harus diselaraskan-- tidak semestinya orang yang nampak alim itu, hatinya baik

-Berusahalah membersihkan hati, hati memainkan peranan penting dalam keikhlasan, ikhlas memberatkan timbangan

Allahua'alam =)    




read more

Oktober 23, 2014

Usrah ABIM

23/10/2014
Catatan Usrah ABIM 
Kupasan surah MUHAMMAD:24-26

-Pertanyaan kepada orang2 berkuasa (pemerintah), supaya mereka berfikir-- adakah hati2 mereka dikunci-- adakah alQuran mampu mengubah hati seseorang itu menjadi lebih baik
-Bagaimana syaitan memujuk rayu dan memperdayakan manusia agar melakukan kemungkaran. (setiap kali lepas solat, berdoa agar Allah tidak membolak balikkan hati kita)

**Syaitan dapat terdiri dari manusia, iaitu manusia yang melakukan kerja syaitan
**Betapa lemah jiwa seseorang yang dikuasai syaitan, apabila kita terikut dengan kata2 syaitan dan melakukan perkara mungkar, adalah seperti kita 'tersihir' dengan syaitan. sesuatu yang buruk, syaitan hias nampak menjadi indah dan cantik, ketika kita melakukan perkara mungkar, ketika itu kita sedang disihir

Allahua'lam  =)
read more

Oktober 16, 2014

USRAH GABUNGAN -KPIJ - ABIM - WADAH JOHOR



Catatan USRAH GABUNGAN -KPIJ - ABIM - WADAH JOHOR

"Menggarap soal 'Rahmatan' dalam konteks pendidikan" 

-Islam itu tidak akan jadi rahmat jika ia tidak dihayati

"Kenapa aku belajar-- kerana kewajibanku dari Allah-- untuk memahami ayat2 Allah, semoga menjadi ibadah kepadaku, semoga bermanfaat untuk ku dan makhluk yang lain"

Pak Anhar,
Pensyarah Universiti Ahmad Dahlan Yogjakarta,
Pimpinan Muhammadiyyah


read more

September 30, 2014

30/09/2014
Catatan USRAH HELWA 



JALAN WANITA SOLEHAH

Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.” 

Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r. ‘anha bahawa suatu malam Rasulullah s.a.w. terbangun daripada tidur lalu menyebut “Subhanallah” dan baginda bersabda:

“Berapa banyak fitnah yang telah turun pada malam ini! Berapa banyak khazanah yang telah dibuka pada malam ini! Bangunlah wanita yang ada di dalam ruang lingkup ini kerana kebanyakkan wanita yang berpakaian di dunia ini akan bertelanjangan pada Hari Kiamat!”

pesanan wanita untuk wanita: jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah

read more

Ogos 07, 2012

Where is Islam in Muslims?

Today, despite abundance of natural resources, the political turmoil in some Muslim countries has trapped them in cycle of agony. Tyranny goes on wildly leading to extreme poverty. Palestine, Syria, Somalia, and the latest minority Muslim in Rohingya are the cases of endless misery, to name a few.

Whilst in other (Muslim) nations, negligence on the basic right of Muslims such as intellectualism; health, safety and environment; family institution and economy, resulted a brain-drain phenomena which caused a disappointingly low contribution of sciences from the Muslim world.

Intellectualism in Muslim world as if freezing, in turn, rising intolerant social ambience across the Muslim regions, has had a devastating effect on Muslim thought and action leading to narrow interpretation of “deen” (Islam) in public discourses. Rationality was rejected just for the sake of defending status quo. Self-esteem appears no more in Muslim. Why?

Referring to the history of Prophet Muhammad (pbuh) and his companions, the key to success is to have a strong belief (faith) in Islam, indeed. In fact, it was mentioned so many times in Quran- the intellectual substance of human race. Such a firm principle has  transformed the society from the darkness of ignorance into the light of knowledge, producing many towering personalities across the Muslim expanses. This is evident since the revelation of Quran (which had occurred in Ramadhan) through to the golden age of Islam.
In the golden epoch of Islam, Muslim scholars came up with a remarkable rule of the empirical approach, introduced to the good scientific practices (i.e. observation, measurement, experiment, and conclusion) which emphasized wisdom (search for truth, not support of any favors ideas). The idea evolved through years and formed Muslims attitude in critical thinking. Muslims are free to debate base on tested evidences, hence inspired tolerance, and the advancement of knowledge throughout the dark ages of medieval Europe.

Now, the western appears as the superpower with overwhelmingly high contributions in science and technology. Why? Simply is because of their solid ‘faith’ in science. Even in politics they believe that only science can lead to a better democracy- “No Science, No evidence, No truth, No democracy”.

A question to ponder; what is the Muslim faith today? In this blessing month of Ramadhan, let us take the Quran, seek the answer and ask Allah for His guidance. “Guide us the straight path.  The path of those whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or those who are astray” [1:6,7]

Nevertheless, Muslim countries do have efforts but world has right to expect more scientific contributions especially from the richer Muslim countries. The latest release by the US National Science Foundation's science and engineering indicators 2012 confirms the rapid expansion of science and technology in Asian regions (China, Taiwan, South Korea, Singapore) with emerging Malaysia (the majority Muslim nation), Thailand and the non-Asian rising power, Brazil and Iran (another Muslim majority state).

The future can be bright but the Muslim intellectual tradition needs to be revived base on true faith in Quran and Sunnah by respecting the faith of others and standing up against the obscurantism, fanaticism, and xenophobia. Thus would promote the values of Islam in our societies (ie: justice, rationality, creativity, the search for truth). Islam encourages freedom: freedom to quest, to challenge, to think, and to envision the future through science. Only then when Islam returned to Muslim, will the glorious episode recur. 

References:

Ismail Serageldin. "Science in Muslim Countries ". Science. Vol 321 (2008). 745 pp. 24 July. 2012‹http://www.sciencemag.org/content/321/5890/745›

Munir Nayfeh. "The Muslim diaspora - from brain drain to brain gain?." Online posting. 3 Oct

Scientists rally on Parliament Hill to mourn 'death of evidence'". CBC News Ottawa 09 July 2012. 25 July 2012‹http://www.cbc.ca/news/canada/ottawa/story/2012/07/09/f-scientists-rally.html ›.

Simon Margison."Asian Tigers roaring ahead in science and technology race". The Australian 01 Feb 2012. 25 July 2012‹http://www.theaustralian.com.au/higher-education/opinion/asian-tigers-roaring-ahead-in-science-and-technology-race/story-e6frgcko-1226258796085›.


Oleh:
Muhammad Izzudin Syakir Ishak,
Toronto, Canada

Sumber dari: 

read more

Ogos 20, 2011

Menggapai Malam Al-Qadar

Oleh: Hasri Harun (Exco Dakwah ABIM)

Apabila datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna.

Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-Nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.

Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak ataupun sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud

“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bagi mereka yang teguh imannya pastinya akan berasa terkejut dengan hadiah Allah SWT yang begitu besar bagi mereka yang benar-benar memperolehi malam tersebut.

Bandingan satu malam yang dinamakan sebagai malam al-qadar dengan seribu bulan sama juga seumpama 83 tahun. Kiraan secara zahir ini menunjukan betapa besar pahala yang Allah swt berikan kepada umatnya bagaimana tempoh 83 tahun tersebut seolah-olah satu umur bagi seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini.

83 tahun adalah tempoh agak panjang sebagai manusia, namun satu malam al-qadar itu amat bermakna sekali. Namun dalam huraian hadith begitu banyak penjelasan diberikan tentang tarikh sebenar bilakah malam al-qadar tersebut.

Perdebatan yang dilakukan oleh para ulama dan muhaddithin ini mengundang kita memikirkan kenapakah tiada satu masa yang tunggal bagi kita untuk mendapat ketetapan Allah swt agar kita sedia dan mampu meraih malam al-qadar dengan mudah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?"

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Pengurniaan malam al-qadar oleh Allah swt dalam bulan Ramadan dengan segala perselisihan masa yang tepat bilakah ianya berlaku mengundang kita sebagai hambaNya berfikir apakah makna disebalik anugerah ini.

Sebagai pencipta alam ini pastinya Allah menghendaki kita agar sentiasa bersedia tidak kira pada awal masa, pertengahan dan akhir Ramadan agar sentiasa berusaha mencari bilakah malam al-Qadar sebenarnya. Ertinya disini Allah SWT ingin menguji dan menawarkan kita satu pertandingan dikalangan hambaNya siapakah dikalangan mereka yagn benar-benar ikhlas mencari malam al-Qadar.

Wujudnya kesedaran untuk mencari malam al-Qadar ini tidak akan terbit semata-mata untuk berada dalam suasana hening malam dan bangun untuk melihat peristiwa apa yang bakal berlaku semata-mata.

Namun disebalik usaha dan ikhtiar manusia mencari malam al-Qadar ini selain merebut pahala berganda tersebut adalah manifestasi cinta kita kepada Tuhan yang menganugerahkan nikmat dan kasih sayangnya kepada seluruh hambaNya.

Cinta kita kepada Allah yang ikhlas dan kasih sayang yang diterima tanpa berbelah bahagi daripadaNya yang mampu membangkitkan kesedaran iman dan taqwa untuk mencari malam al-Qadar tersebut kerana telah dijanjikan Allah swt bahawa pada malam tersebut diturunkan para malaikat untuk melihat dunia siapakah yang sedang melaksanakan ibadah kepada Tuhannya.

Tanpa rasa cinta dah kasih kepada Tuhan mana mungkin kita bersedia untuk bangun malam, membuka segala kelemahan kepada Nya, memohon keampunan dan mendoakan kesejahteraan hidup didunia & akhirat. Hanya mereka yang teguh iman, tegap taqwanya bersedia menghadapi ujian bangun malam dengan gigih.

Inilah hakikat pencarian malam al-Qadar yang harus dipelajari. Pencarian ini juga jangan dilihat sebagai satu usaha yang kosong dan dijadikan pesta untuk meraih malam yang penuh barakah ini.

Mulakan diri dengan kesedaran dan tingkatkan rasa iman yang benar–benar semata-mata untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Mari kita sama-sama renung firman Allah dalam surah Saba’ ayat 46 yang bemaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu.”

Sesungguhnya sebagai Khaliq dan pencipta alam ini, sudah tentulah Allah SWT ingin melihat melalui kekuasaan siapa dikalangan mereka hambaNya yang benar-benar berusaha dalam mencari peluang dan ruang pada malam al-Qadar tersebut.

Malam yang penuh dengan barakah ini dijanjikan Allah dengan pahala yang cukup besar melalui solat-solat sunat, tilawah al-quran dan muhasabah diri agar kita kembali merapatkan jurang yang sudah jauh dengan Allah swt. Sebagai hambaNya yang beriman sikap mencari keredaan Allah mesti dicipta dalam diri. Marilah kita bina kekuatan mencari malam al-Qadar dengan cinta dan kasih pada Nya.

read more

Ogos 09, 2011

Salam Takziah dari ABIM Johor


Seluruh warga ABIM Johor mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Shaari Bin Ahmad,55 WADAH Segamat dan mantan pimpinan ABIM Segamat atas pemergian beliau pada 7 Ogos 2011 di Masjid Jamek Yong Peng sewaktu sedang bertamrin. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh ... Ameen ...
-Al-Fatihah-
read more

Ogos 08, 2011

Tamrin 3 Generasi (3G)

Tamrin 3 Generasi Negeri Johor


Oleh :ABU MUHAMMAD (II)

ABIM Negeri Johor dengan kerjasama WADAH Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah mengadakan Tamrin 3 Generasi (3G) pada 6-7 Ogos 2011 bertempat di Masjid Jamek Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Tamrin yang berlangsung selama 2 hari ini ini dihadiri oleh lebih 40 ahli di kalangan WADAH, ABIM dan KPIJ.

Tamrin pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Presiden ABIM yang baru, Ustaz Amidi Bin Dato' Manan dan Sdr. Ridwan, Timbalan Presiden PKPIM yang turut mengisi slot pengisian. Pelbagai mesej besar yang telah disampaikan untuk dijadikan fokus untuk penggerak-penggerak dakwah di Johor.

Tamrin pada kali ini juga ditamatkan awal natijah kematian salah seorang peserta dari WADAH Segamat, Tuan Haji Shaari Bin Ahmad sewaktu persediaan diri untuk berqiamullai . Gandingan ukhwah yang mantap antara 3 generasi jemaah tergambar apabila bersama-sama menyempurnakan pengurusan jenazah allahyarham sehingga diiringi ke tanah perkuburan di Kampung Teluk Kelubi, Buloh Kasap, Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah bersama membantu sepanjang Tamrin 3G berlangsung. Kejadian yang berlaku menjadikan ukhwah di kalangan 3 generasi semakin mantap. Ucapan takziah juga kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Shaari Bin Ahmad,55 atas pemergian ayahanda yang tercinta. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh, Insya-Allah - Al-Fatihah.

read more

Ogos 04, 2011

Usrah Keluarga



MEMAHAMI TANZIM HARAKI


Maksud tanzim:
Dari segi bahasa membawa maksud mengumpulkan, menyusun dan menyelaraskan sesuatu.Manakala dari sudut istilah, tanzim haraki ialah sekumpulan manusia yang wujud secara tersusun dengan matlamat-matlamat tertentu, mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain dan mempunyai qiadah(pimpinan) yang melaksanakan urusan serta merancang gerak kerja untuk mencapai matlamat-matlamat mereka berdasarkan satu undang-undang yang berkaitan hak-hak dan kewajipan ahli serta qiadahnya.
Mengapa perlu wujudnya tanzim?
Kewujudan tanzim haraki adalah wajib di sisi syarak. Islam dapat direalisasikan dengan gemilang pada zaman Rasulullah dengan mempunyai satu jamaah yang tersusun dari sudut anggota, qiadah, matlamat dan wasilah yang diambil. Sebagai individu muslim, kita perlu ada sikap amal ma'ruf nahi mungkar dalam melaksanakan syiar Islam. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku tidak dapat dilaksanakan secara individu sahaja tetapi perlukan sokongan secara berjamaah.
Tanzim haraki dibenarkan syarak kerana ia penting sebagai satu wasilah untuk menegakkan dan melaksanakan undang-undang syariat. Apabila hukum-hakam Islam tidak dilaksanakan dengan baik maka menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk mengubah dan membaiki kelemahan sehingga hukum-hakam Islam terlaksana semula dalam masyarakat. Kewajipan yang besar ini hanya dapat dilaksanakan secara berjamaah dan tersusun.
Selain itu, kita hidup perlu saling menolong antara satu sama lain, bersatu atas dasar aqidah dan menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemimpin dan penolong. Oleh itu, kita perlu tolong menolong dan saling membantu secara jamah yang tersusun. Rasulullah s.a.w juga adalah contoh terbaik dalam membentuk satu tanzim Islami yang berjaya sehingga membentuk satu daulah Islamiyah. Menggabungkan diri dalam tanzim adalah satu tuntutan untuk memberikan wala' kepada pimpinan muslim yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w sehingga tanzim ini mempunyai kekuatan untuk melawan dan menghapuskan kemungkaran sampai ke akar umbinya.
Kepentingan tanzim haraki diwujudkan:
1. Faktor kejayaan jamaah.
- menolong jamaah mencapai matlamat.
2. Menjadi kekuatan kepada jamaah dalam melaksanakan gerak kerja untuk membuahkan hasil yang baik.
3. Mengumpulkan kemahiran dan kemampuan dalam satu gerak kerja yang tersusun.
- kemahiran seperti akademik, pengurusan dan kepimpinan dikumpulkan untuk menghasilkan satu gerak kerja yang tersusun dan kuat bagi membuahkan satu hasil yang mantap.
4. Melindungi individu daripada aliran-aliran yang memusuhi Islam serta mengumpul kekuatan dan kesedaran.
- hidup berseorangan memudahkan individu untuk terpengaruh dengan cabaran hidup.
5. Mendorong individu untuk bekerja.
- sentiasa mempunyai kerja-kerja untuk Islam.
6. Mengurangkan kesakitan dan kesusahan bersama-sama.
- setiap individu dalam tanzim akan sentiasa menghulurkan pertolongan jika mempunyai masalah dan saling menasihati antara satu sama lain.
7. Menguatkan hubungan sosial dan melahirkan akhlak yang baik.
- dalam melakukan kerja secara berjamaah, sikap buruk seperti mementingkan diri sendiri dapat dielakkan.
8. Membekalkan individu dengan pengalaman yang berguna seperti sir(kerahsiaan), hazar(berhati-hati).
9. Memberikan kesan dalam kehidupan peribadi seseorang individu yang sentiasa mahu berada dalam keredhaan Allah s.w.t.
10. Mempunyai pentarbiyahan yang lengkap dan sempurna.
11. Bekerja untuk mengembalikan kehidupan Islam.
- mewujudkan semula syariat Islam seperti pada zaman Rasulullah s.a.w dalam masyarakat kini.
12. Tanzim adalah sumber kekuatan umat Islam.
- kekuatan secara berjamaah lebih memberikan kesan dan matlamat dapat dicapai dengan baik serta kuat berdepan dengan musuh.
read more

Ogos 03, 2011

Usrah 4G ABIM Batu Pahat


Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah
( Ulasan Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah)
Tokoh penggerak Islam Lubnan, Ustaz Fathi Yakan banyak mengkaji, mengupas tentang permasalahan ummat dan gerakan Islam dalam buku-bukunya seperti golongan yang tercicir, permasalahan ini diselitkan pula dengan alternatif penyelesaian dalam karyanya Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan pendakwah. Buku ini mengupas rintangan yang menghalang seorang da'ie untuk terus istiqamah dalam perjuangannya, dalam dakwahnya dan dalam gerak kerja Islam. Hakikat ini memang banyak berlaku dalam senario dunia hari ini. Penulis menyajikan cara-cara mengatasi barah-barah yang kian menular di lubuk-lubuk hati dan diri pendakwah masa kini, menyediakan bahtera yang dapat menyelamatkan kita daripada terus hanyut di lautan bergelora tanpa pautan dan hilang arah tujuan untuk kembali ke dataran yang selamat.
Jika di selusuri 5 rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah, mukmin yang dengki, munafiq yang benci, kafir yg memerangi, syaitan yg menghasut dan nafsu yg menguasai, dilihat dalam aspek kondisi hari ini dapat disimpulkan halangan-halangan yang menghalang kebangkitan pendakwah adalah kebanyakannya berpunca daripada masalah dalaman sendiri di samping tidak menafikan halangan golongan munafiq dan kafir yang bertungkus lumus menyusun strategi untuk terus menghapuskan Islam.
Kondisi kita di Malaysia hari ini tidak banyak berhadapan dengan konspirasi musuh kafir secara nyata seperti pernah dihadapi oleh tokoh-tokoh gerakan Islam, Assyahid Hassan Al-banna yang ditembak syahid,1949 semata-mata untuk membangkitkan kesedaran Islam. Ulama’ ulung, Abdul Qadir Audah diseret ke tali gantung, tokoh pemikir Islam, Syed Qutb dihukum bunuh dengan fitnah ke atas Syed Qutb dan banyak lagi yang cukup membuktikan zalimnya tentangan kafir secara nyata ke atas pejuang-pejuang Islam.
Sirah membuktikan kisah habil dan qabil, permusuhan dan pertelingkahan timbul akibat wujudnya buah-buah hasad, iri hati, busuk hati walaupun dalam satu keluarga sendiri.Tidak mustahil, mandomnya sebuah jemaah, runtuhnya sebuah kesatuan adalah adanya golongan api dalam sekam dalam jemaah itu sendiri. Golongan mu’min yang dengki cukup berbahaya, method dan strategi dibocorkan sesuka hati mampu membawa impak yang besar kepada jemaah keseluruhannya. Akibatnya gerakan Islam semakin ditekan oleh golongan munafiq yang sentiasa mencari peluang mencari kesalahan, bukti dan cara untuk melenyapkan kebangkitannya. Malah kebiasaannya serangan terhadap gerakan Islam dicaturkan untuk digerakkan oleh orang-orang dalam sendiri yang tidak perasan sebenarnya mereka dipergunakan.
Rintangan yang maha hebat melanda seorang da'ie adalah rintangan nafsunya sendiri. Apabila nafsu menguasai akal dan hati, segala kefahaman lenyap dan nafsu menjadi juara dalam pertandingan melahirkan golongan yang futur dan muttasaqit ini. Nafsu apabila disepadukan dengan bisikan syaitan, ikatan konkrit ini cukup untuk menumbangkan peserta lain dalam pertandingan ini. Jelas di sini, nafsu dan syaitan adalah initial, rencah utama melahirkan golongan mukmin yang hasad dan munafiq yang benci kepada kita rentetan dari golongan yang muttasaqit dan futur.
Da'ie perlu meletakkan kefahaman Islam dan pejuangan di tempat teratas bukan dengan merajai nafsu. Da'ie perlu memiliki hati yang suci dan sihat, akal yang bersih dan jelas dan akhlak yang lurus dengan kesedaran. ”Check and balance” kembali hati kita adakah hati kita masih hidup atau sudah mati. Hati yang masih hidup, ia masih boleh bergetar apabila terdengar alunan Kalamullah, zikrullah. Tiada ertinya jika da'ie tidak abid dan berjiwa rabbani walaupun ilmu setinggi gunung. Wallahua'lam.
read more

Jun 01, 2010

Misi Bancian Dan Cerapan Di Kg. Sengkuang , Batu Pahat

Oleh : Raibatul Adawiah Binti Ahmat Miskam

Pada 31 Mei 2010 bersamaan 17 Jamadilakhir 1431 Hijrah, Skuad Prihatin Abim Johor telah menjalankan misi bancian dan cerapan di Kg. Sengkuang , Batu Pahat , Johor. Misi ini diketuai oleh Sdr. Muhamad Azamuddin Bin Ahmat Miskam selaku Ketua Operasi Skuad Prihatin, Sdr. Mohd Syafiq bin Ab Manap, wakil Skuad Prihatin dan seterusnya dibantu oleh En. Ahmat Miskam Bin Hj. Sartam serta Tn Hj. Daud, wakil penduduk kampung. Misi ini bertujuan untuk mengenalpasti serta meneliti golongan yang layak menerima bantuan Skuad Prihatin ABIM Johor melalui Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (KSSSB) pada tahun ini .

Misi bermula dengan taklimat daripada Sdr. Muhamad Azamuddin Bin Ahmat Miskam di kediaman En. Ahmat Miskam Bin Hj. Sartam . Kemudian, terus ke rumah Tn. Hj. Daud, Imam Masjid Kg. Sengkuang untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan penduduk kampung yang dikategorikan sebagai asnab yang layak menerima bantuan. Sebanyak 6 buah keluarga yang berjaya dikenalpasti dan mereka ini terdiri daripada golongan ibu tunggal , miskin tegar dan orang kurang upaya ( OKU ). Kebanyakan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan bahkan ada juga yang kekurangan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan mereka.

Oleh hal yang demikian , InsyaAllah pihak Skuad Prihatin ABIM Johor akan merangka tindakan susulan bagi menyalurkan bantuan kepada mereka pada minggu hadapan dan harapan kami dengan bantuan yang sedikit ini mampu meringankan beban yang ditanggung mereka selama ini. Alhamdulillah, misi berjaya mencapai matlamat dan berakhir sekitar pukul 11.30 pagi.

Tahniah kepada jawatankuasa penggerak misi . Salam perjuangan ukhwah fillah.....
read more

Mei 25, 2010

Misi Agenda Setempat @ Batu Pahat

Pada 21 Mei 2010 bertempat di No 35 Kg Sri Gading Batu Pahat Johor, Skuad Prihatin ABIM Johor dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia Cawamgan Batu Pahat telah menjalankan Misi Bantuan Kemanusiaan ke atas Sebuah keluaga ibu tunggal yang baru kematian suaminya akibat diserang astma secara mengejut. Misi ini berlangsung sehari diketuai oleh Sdra. Azamuddin sebagai Ketua Operasi Skuad Prihatin ABIM Johor dan Wakil daripada penduduk kampung Sri Gading En. Ahmat Miskam Bin Hj. Sartam. 

Misi ini merupakan kesinambungan daripada misi bancian & cerapan yang telah terlaksana pada 19 Mei 2010 lalu.Makluman berkaitan keluarga tersebut telah disampaikan oleh penduduk kampung terus ke Sekretariat Skuad Prihatin. Sumbangan berupa RM 150 barangan asasi dan RM 100 tunai disampaikan terus ke keluarga oleh Ketua Operasi Sdr. Azamuddin.




Berikut merupakan maklumat keluarga :


BIL
NAMA
STATUS
1
ROSNAH BINTI JAMAT
(691014-01-5920)
IBU TUNGGAL
(TIDAK BEKERJA)
2

MOHAMAD ARIF BIN SELAMAT
(910224-01-6611)
ANAK
19 TAHUN
3

MUHAMAD ADHA BIN SELAMAT
(920611-01-6469)
ANAK
18 TAHUN
4

MUHAMAD AMIN BIN SELAMAT
(960128-01-6721)
ANAK
14 TAHUN
5

SITI AISYAH BINTI SELAMAT
16 JUN 1998
ANAK
12 TAHUN
6

MUHAMAD AZIM BIN SELAMAT
21 JULAI 2000
ANAK
10 TAHUN
7

MUHAMAD AZRI BIN SELAMAT
25 SEPTEMBER 2004
ANAK
6 TAHUN
8

MUHAMAD ADAM BIN SELAMAT
21 JULAI 2009
ANAK
10 BULAN

Pelan strategik akan diaturkan kepada keluarga tersebut oleh Skuad Prihatin ABIM Johor bagi meringankan bebanan yang ditanggung dengan cara isu kemanusiaan ini akan dipanjangkan ke pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan segera. Muga usaha yang murni ini mendapat keredhaannya.


read more

Mei 11, 2010

Muktamar ABIM Johor

Oleh : Abu Muhammad (II)

Tanggal 09 Mei 2010 bersamaan 24 Jamadil Awal 1430 Hijrah telah diadakan Muktamar Thanawi ABIM Negeri Johor kali Ke-37 di Wisma Ar-Raudhah ABIM Segamat (WARAS), di Kg. Paya Pulai, Segamat, Johor. Muktamar yang diadakan di Segamat ini turut menggabungkan beberapa muktamar jemaah gerakan yang lain iaitu Muktamat Thanawi Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIj) kali ke-42 dan Muktamar Thanawi Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri Johor Kali Ke-3. Muktamar ABIM yang dihadiri kira-kira 96 orang muktamirin bermula 9.00 pagi berjalan dengan lancar sehingga 12 tengaari.

Tuan Haji Abdul Razak Bin Idris, Presiden ABIM telah menjadi tetamu kehormat dan turut telah merasmikan Muktamar Ke-37 ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan peri penting kesatuan antara entiti keluarga besar jamaah disemarakkan dengan sering kali merangka gerak kerja bersama. Beliau menegaskan lagi, Negeri Johor yang sering mendahului agenda-agenda utama gerakan diharap mampu menjadi model untuk dimanfaatkan oleh negeri-negeri yang lain dalam konteks dakwah. Beliau juga berharap kesepaduan antara golongan awwalin dan generasi baru dapat disenergikan dalam menggerakkan agenda besar umat ini.

Muktamar Ke-37 kali ini telah dipengerusikan oleh Saudara Ishaq Bin Fauzi, perwakilan dari Segamat cukup menunjukkan peranan generasi baru untuk meneruskan mata rantai perjuangan dakwah ini. Muktamar yang turut dihadiri oleh wakil KPIJ dan WADAH Johor menjadi pencetus muhasabah yang lebih terlus dalam merencana gerak kerja yang lebih mampan dan dinamik kelak.

Dalam muktamar kali ini, turut dibentangkan beberapa perencanaan gerakkan untuk menyahut agenda gelombang dakwah ke-2 di peringkat negeri Johor yang turut melibatkan keseluruhan keluarga besar jemaah tercinta. Semoga segala yang direncanakan mampu diangkat menjadi fokus utama gerakan.

Tahniah kepada semua... Takbir...Allahu Akbar.. 3X





read more

Mei 10, 2010

Tautan Ukhuwah Haruman Firdausi

OLEH : RAIBATUL ADAWIAH BINTI AHMAT MISKAM

Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor telah mengadakan “Majlis Makan Haruman Firdausi” bertempat di Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat (WARAS) bersempena Muktamar Thanawi Strategik yang menggabungkan 3 entiti dakwah iaitu Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor, serta Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). Majlis makan malam yang berprestij ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli-ahli KPIJ.

Majlis bermula pada pukul 9.00 malam sejurus selepas Presiden ABIM Malaysia, Ustaz Muhamad Razak Bin Idris tiba di pekarangan WARAS dengan diiringi alunan paluan kompang .Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Sdr. Muhamad Khairul Azmi Bin Sirajudin. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Sdr. Zaidy Bin Dailimi, YDP ABIM Segamat. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Tuan Hj. Muhamad Ishak Bin Aziz (WADAH) ABIM Johor. Beliau menyorot kembali nostalgia sejarah proses pembinaan WARAS yang mana menuntut usaha gitu, komitmen dan keringat para pejuang ABIM dalam merealisasikan pembinaan sebuah Wisma ABIM di Segamat . Kemudian, majlis perasmian permasyuran Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat dirasmikan oleh Presiden ABIM Malaysia.

Tepat pukul 10.00 malam, para hadirin menjamu selera dengan diiringi alunan nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Safrun Nada’ dari MARSAH. Bukan itu sahaja, para tetamu juga dihidangkan dengan persembahan sajak yang dideklamasikan oleh sukarelawan KPIJ. Antara lain, cabutan bertuah juga diadakan tetapi hanya terbuka kepada kanak-kanak dibawah umur sahaja. Majlis berakhir sekitar pukul 11.30 malam .

Tahniah kepada Jawatankuasa penggerak program.Salam perjuangan ukhwah fillah.




read more

Mei 09, 2010

Muzakarah Kepimpinan

WADAH - ABIM - KPIJ

Oleh: Raibatul Adawiah Ahmat Miskam

Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor telah melaksanakan Muzakarah Qiyadah dengan kerjasama WADAH ABIM Johor dan juga Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ) bertempat di Dewan As- Syafie Masjid Jame’ Bandar Segamat. Muzakarah ini diadakan adalah untuk menyatukan pemikiran, hati dan tindakan keluarga besar jemaah Johor tidak kira sama ada ahli WADAH, ABIM ataupun KPIJ selain menstrategikkan gerak kerja. Muzakarah ini juga merupakan flatform kepada ahli-ahli baru KPIJ untuk mengenali lebih rapat lagi pimpinan ABIM dan WADAH yang sedia ada di peringkat pimpinan. Hal ini kerana Muzakarah ini adalah julung kali diadakan dengan menyatukan ketiga-tiga pertubuhan iaitu WADAH, ABIM dan KPIJ sekaligus.

Tepat pukul 2.00 petang, majlis bermula sejurus para hadirin selesai solat Zohor bersama. Majlis dikendalikan oleh Ustaz Azmi Shah Bin Suratman sebagai pembentang utama di samping penghuraian gerak kerja dibentangkan oleh Ust Hj. Ab Razak Bin Aripin, Timbalan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor. Pelbagai isu yang dikupas antaranya ialah berkenaan Tarbiyah dan Perkaderan ahli, Sumber Dana Gerakan, Jaringan Nasional dan Jaringan Antarabangsa yang dilakukan serta Institusi –institusi seperti Taska dan Sekolah Rendah Islam (SRI) milik ABIM Johor yang membutuhkan komitmen dan penggemblengan usaha bersama dalam melestarikan pelicinan gerak kerja kelak. Muzakarah berakhir sekitar pukul 3.30 petang.

Tahniah kepada Jawatankuasa penggerak program. Salam perjuangan ukhwah fillah.






read more

Muktamar Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) Ke-42

Oleh : Faridah Binti Mohd Tap

Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah, Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ) telah selamat melaksanakan Muktamar tahunan bagi sesi 2010/2011 bertempat di Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat. Majlis bermula pada pukul 3.50 petang dengan bacaan doa, bacaan Asmaul Husna dan nyanyian Lagu “Hidup Biar Berjasa”

Ucaptama perasmian Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) KPIJ kali ke-42 telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Faisal bin Abdul Aziz, selaku Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau banyak membicarakan tentang peranan gerakan pelajar dalam konteks hari ini. Tidak ketinggalan, beliau juga turut memyentuh tentang senario semasa sosio-politik negara yang menghadapi pelbagai rencam yang semakin membingungkan. Lantaran itu, gerakan pelajar Islam perlu memainkan peranan penting dalam menjana semula kekuatan untuk menjadi jurubicara masyarakat seperti di era 70-an dan 80-an.

Seterusnya, muktamar atau MPAT KPIJ diteruskan lagi dengan pembacaan ucapan dasar oleh Yang Dipertua KPIJ, Saudara Khairullah bin Zainuddin. Tema yang diangkat pada ucapan dasar kali ini ialah, “Menghayati Sirah Nabawiyyah, Mempersiap Generasi Dakwah”. Beliau banyak menyentuh tentang kepentingan ahli gerakan Islam untuk mengambil iktibar daripada sirah junjungan mulia Rasulullah dalam mengakarbumikan dakwah Tauhidullah di bumi Mekah. Kesungguhan tidak berbelah bahagi Baginda dalam membawa amanah Ilahi telah melahirkan satu generasi pengikut yang unggul dalam sejarah dunia Islam dan bukan Islam. Turut disentuh ialah kebersamaan KPIJ, ABIM dan juga WADAH sebagai keluarga besar yang berkesinambungan antara satu sama lain walaupun mempunyai pendekatan mad’u yang berbeza. Peranan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) juga turut dimuatkan dalam ucapan dasar tersebut.

Selesai sahaja ucapan dasar, Muktamar Thanawi terus berlangsung dengan dipengerusikan oleh Saudara Zainuddin, juga meragkap AJK Tugas-Tugas Khas KPIJ serta YDP ABIM Daerah Mersing. Pimpinan dipersilakan tampil ke hadapan dan sesi pembentangan laporan minit mesyuarat tahunan KPIJ kali ke-41, pembentangan laporan aktiviti tahunan bagi sesi 2009/2010 dan pembentangan laporan kewangan pun berlangsung.

Pembubaran saf kepimpinan bagi sesi 2009/2010 diselesaikan sejurus selepas sesi perbahasan, pengesahan dan dan pengumuman saf kepimpinan baru yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura telah disempurnakan. Pengumuman barisan kepimpinan KPIJ bagi sesi 2010/2011 telah diumumkan oleh Saudara Hasnul Haniff bin Harun selaku Naib Presiden Kebangsaan PKPIM. Saf qiyadah yang baru adalah seperti berikut:-

YANG DI-PERTUA : MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDIN
TIMBALAN YANG DI-PERTUA : ABDUL AZIZ BIN ALI
KETUA HEWI : SARAH AYU BINTE ABDUL RAHMAN
TIMBALAN KETUA HEWI : HASLIZA BINTI MOHAMAD ALI
BENDAHARI : SHAKINAH BINTI ALI
PENOLONG BENDAHARI : NORHAFIZAH BINTI AHMAD
SETIAUSAHA AGUNG : ABDUL HADI BIN MD RUSDI
PENOLONG SETIAUSAHA : ISLINDA BINTI IBRAHIM
EXCO DAKWAH DAN TARBIYYAH : ARI KURNIAWAN BIN ABDUL GAFAR
EXCO DAKWAH DAN TARBIYYAH : NUROLL AIMAN BIN NUROLL AZMI
EXCO DAKWAH DAN TARBIYYAH : RAFIDAH BINTI HUSIN
EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN : MUHAMMAD HANIS BIN ZAKARIA
EXCO KADERISASI : MOHD NURISHAQ BIN MOHD FAUZI
EXCO KADERISASI : HAFSAH BINTI ABDUL MANAF
EXCO EKONOMI : KHAIRUL FAHMI HELMI BIN MUHAROR
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : MOHAMAD ZUL IKRAM BIN ISHAK
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : FARIDAH BINTI MOHD TAP

Muktamar Thanawi KPIJ telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 50 orang ahli KPIJ daripada 3 cawangan KPIJ iaitu Rengit, Skudai dan Tanjung Putri, Johor Bahru. Muktamar bersurai pada jam 7 petang.



read more