Ads 468x60px

Photobucket

Mei 10, 2010

Tautan Ukhuwah Haruman Firdausi

OLEH : RAIBATUL ADAWIAH BINTI AHMAT MISKAM

Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor telah mengadakan “Majlis Makan Haruman Firdausi” bertempat di Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat (WARAS) bersempena Muktamar Thanawi Strategik yang menggabungkan 3 entiti dakwah iaitu Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor, serta Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). Majlis makan malam yang berprestij ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli-ahli KPIJ.

Majlis bermula pada pukul 9.00 malam sejurus selepas Presiden ABIM Malaysia, Ustaz Muhamad Razak Bin Idris tiba di pekarangan WARAS dengan diiringi alunan paluan kompang .Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Sdr. Muhamad Khairul Azmi Bin Sirajudin. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Sdr. Zaidy Bin Dailimi, YDP ABIM Segamat. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Tuan Hj. Muhamad Ishak Bin Aziz (WADAH) ABIM Johor. Beliau menyorot kembali nostalgia sejarah proses pembinaan WARAS yang mana menuntut usaha gitu, komitmen dan keringat para pejuang ABIM dalam merealisasikan pembinaan sebuah Wisma ABIM di Segamat . Kemudian, majlis perasmian permasyuran Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat dirasmikan oleh Presiden ABIM Malaysia.

Tepat pukul 10.00 malam, para hadirin menjamu selera dengan diiringi alunan nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Safrun Nada’ dari MARSAH. Bukan itu sahaja, para tetamu juga dihidangkan dengan persembahan sajak yang dideklamasikan oleh sukarelawan KPIJ. Antara lain, cabutan bertuah juga diadakan tetapi hanya terbuka kepada kanak-kanak dibawah umur sahaja. Majlis berakhir sekitar pukul 11.30 malam .

Tahniah kepada Jawatankuasa penggerak program.Salam perjuangan ukhwah fillah.