Ads 468x60px

Photobucket

Mei 09, 2010

Muzakarah Kepimpinan

WADAH - ABIM - KPIJ

Oleh: Raibatul Adawiah Ahmat Miskam

Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor telah melaksanakan Muzakarah Qiyadah dengan kerjasama WADAH ABIM Johor dan juga Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ) bertempat di Dewan As- Syafie Masjid Jame’ Bandar Segamat. Muzakarah ini diadakan adalah untuk menyatukan pemikiran, hati dan tindakan keluarga besar jemaah Johor tidak kira sama ada ahli WADAH, ABIM ataupun KPIJ selain menstrategikkan gerak kerja. Muzakarah ini juga merupakan flatform kepada ahli-ahli baru KPIJ untuk mengenali lebih rapat lagi pimpinan ABIM dan WADAH yang sedia ada di peringkat pimpinan. Hal ini kerana Muzakarah ini adalah julung kali diadakan dengan menyatukan ketiga-tiga pertubuhan iaitu WADAH, ABIM dan KPIJ sekaligus.

Tepat pukul 2.00 petang, majlis bermula sejurus para hadirin selesai solat Zohor bersama. Majlis dikendalikan oleh Ustaz Azmi Shah Bin Suratman sebagai pembentang utama di samping penghuraian gerak kerja dibentangkan oleh Ust Hj. Ab Razak Bin Aripin, Timbalan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor. Pelbagai isu yang dikupas antaranya ialah berkenaan Tarbiyah dan Perkaderan ahli, Sumber Dana Gerakan, Jaringan Nasional dan Jaringan Antarabangsa yang dilakukan serta Institusi –institusi seperti Taska dan Sekolah Rendah Islam (SRI) milik ABIM Johor yang membutuhkan komitmen dan penggemblengan usaha bersama dalam melestarikan pelicinan gerak kerja kelak. Muzakarah berakhir sekitar pukul 3.30 petang.

Tahniah kepada Jawatankuasa penggerak program. Salam perjuangan ukhwah fillah.