Ads 468x60px

Photobucket

Ogos 08, 2011

Tamrin 3 Generasi (3G)

Tamrin 3 Generasi Negeri Johor


Oleh :ABU MUHAMMAD (II)

ABIM Negeri Johor dengan kerjasama WADAH Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah mengadakan Tamrin 3 Generasi (3G) pada 6-7 Ogos 2011 bertempat di Masjid Jamek Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Tamrin yang berlangsung selama 2 hari ini ini dihadiri oleh lebih 40 ahli di kalangan WADAH, ABIM dan KPIJ.

Tamrin pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Presiden ABIM yang baru, Ustaz Amidi Bin Dato' Manan dan Sdr. Ridwan, Timbalan Presiden PKPIM yang turut mengisi slot pengisian. Pelbagai mesej besar yang telah disampaikan untuk dijadikan fokus untuk penggerak-penggerak dakwah di Johor.

Tamrin pada kali ini juga ditamatkan awal natijah kematian salah seorang peserta dari WADAH Segamat, Tuan Haji Shaari Bin Ahmad sewaktu persediaan diri untuk berqiamullai . Gandingan ukhwah yang mantap antara 3 generasi jemaah tergambar apabila bersama-sama menyempurnakan pengurusan jenazah allahyarham sehingga diiringi ke tanah perkuburan di Kampung Teluk Kelubi, Buloh Kasap, Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah bersama membantu sepanjang Tamrin 3G berlangsung. Kejadian yang berlaku menjadikan ukhwah di kalangan 3 generasi semakin mantap. Ucapan takziah juga kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Shaari Bin Ahmad,55 atas pemergian ayahanda yang tercinta. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh, Insya-Allah - Al-Fatihah.