Ads 468x60px

Photobucket

Mei 11, 2010

Muktamar ABIM Johor

Oleh : Abu Muhammad (II)

Tanggal 09 Mei 2010 bersamaan 24 Jamadil Awal 1430 Hijrah telah diadakan Muktamar Thanawi ABIM Negeri Johor kali Ke-37 di Wisma Ar-Raudhah ABIM Segamat (WARAS), di Kg. Paya Pulai, Segamat, Johor. Muktamar yang diadakan di Segamat ini turut menggabungkan beberapa muktamar jemaah gerakan yang lain iaitu Muktamat Thanawi Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIj) kali ke-42 dan Muktamar Thanawi Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri Johor Kali Ke-3. Muktamar ABIM yang dihadiri kira-kira 96 orang muktamirin bermula 9.00 pagi berjalan dengan lancar sehingga 12 tengaari.

Tuan Haji Abdul Razak Bin Idris, Presiden ABIM telah menjadi tetamu kehormat dan turut telah merasmikan Muktamar Ke-37 ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan peri penting kesatuan antara entiti keluarga besar jamaah disemarakkan dengan sering kali merangka gerak kerja bersama. Beliau menegaskan lagi, Negeri Johor yang sering mendahului agenda-agenda utama gerakan diharap mampu menjadi model untuk dimanfaatkan oleh negeri-negeri yang lain dalam konteks dakwah. Beliau juga berharap kesepaduan antara golongan awwalin dan generasi baru dapat disenergikan dalam menggerakkan agenda besar umat ini.

Muktamar Ke-37 kali ini telah dipengerusikan oleh Saudara Ishaq Bin Fauzi, perwakilan dari Segamat cukup menunjukkan peranan generasi baru untuk meneruskan mata rantai perjuangan dakwah ini. Muktamar yang turut dihadiri oleh wakil KPIJ dan WADAH Johor menjadi pencetus muhasabah yang lebih terlus dalam merencana gerak kerja yang lebih mampan dan dinamik kelak.

Dalam muktamar kali ini, turut dibentangkan beberapa perencanaan gerakkan untuk menyahut agenda gelombang dakwah ke-2 di peringkat negeri Johor yang turut melibatkan keseluruhan keluarga besar jemaah tercinta. Semoga segala yang direncanakan mampu diangkat menjadi fokus utama gerakan.

Tahniah kepada semua... Takbir...Allahu Akbar.. 3X