Ads 468x60px

Photobucket

keep calm

keep calm

Labels

Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

November 12, 2015

Konvensyen KAMAR (Keluarga Mawaddah wa Rahmah)

Dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Active Fast Center (salah satu agensi ABIM) akan membawakan kepada anda Konvensyen Kamar, Keluarga Mawaddah Wa Rahmah.
Bakal menampilkan para pengisi dan jurulatih yang hebat!

Sabtu, 19 Disember 2015 di Dewan IKIM, Jalan Duta

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas ihsan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Surah Ar-Ruum 30:21

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI...!!!

BINA KELUARGA SAKINAH
read more

Mei 25, 2015

Skuad Prihatin : Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)



-MISI PENCARIAN SUKARELAWAN-
Kami sedang mencari ‪#‎sukarelawan‬ SKUAD PRIHATIN bagi membantu dalam gerak kerja program tahunan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2015.
Kreateria yang diperlukan adalah :
> 18 tahun dan keatas.
> Waktu membantu ikut kesesuaian sendiri tapi hanya dalam waktu bekerja 9 pagi hingga 5 petang sahaja.
> Khidmat sukarelawan ini diperlukan secepat mungkin.
> Lelaki @ perempuan diterima.
> Makan minum disediakan.
> Elaun RM20/sehari.
> Pejabat urusan di Bandar Baru Uda.
***Berminat sila inbox msj di sini @ hubungi hotline kami di talian 011-1995 2548.

read more

November 01, 2014

FOLLOW UP 1: Perkampungan Orang Seletar, Kg Bakar Batu




FOLLOW UP 1: Perkampungan Orang Seletar, Kg Bakar Batu

Bubur Lambuk di Kg. Bakar Batu

-sekali lagi ABIM Johor bersama sukarelawan- sukarelawan bertandang ke perkampungan orang seletar (suku kaum orang asli) di Kg. Bakar Batu. Tujuan 'follow up 1' adalah untuk mendapatkan maklumat, sejauh mana pendedahan, pegangan dan pengetahuan orang seletar ini terhadap agama Islam yang dianuti dan pendedahan mengenai kepentingan pendidikan untuk masa depan mereka. Aktiviti dilakukan secara santai sambil mengedarkan bubur lambuk dari rumah ke rumah.

-I.Allah, follow up seterusnya akan menyusul bagi membantu untuk memberi kesedaran dalam agama dan pendididikan.

-Bagi yang berminat untuk turut serta dalam setiap program anjuran ABIM Johor, anda dialu-alukan untuk berdaftar sebagai sukarelawan =)



                                                         
read more

September 27, 2014

KSSB di perkampungan orang asli Kg. Bakar Batu, Johor Bahru

KSSSB di perkampungan orang asli Kg. Bakar Batu, Johor Bahru

Sumbangan KSSB diteruskan lagi  di Johor Bahru pada 27/09/2014, dimana lokasinya ialah perkampungan orang asli di Kampung Bakar Batu. Turut bersama adalah sukarelawan - sukarelawan dari UTM yang terdiri pelajar- pelajar ijazah. Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang telah melancarkan lagi perjalanan program KSSB.

Sekilas memori di kg Bakar Batu

Peyerahan sekampit beras ditemani Tok Batin dan penduduk setempat. sebanyak 42 rumah telah menerima sumbangan. Jutaan terima kasih dan doa kepada penyumbang yang menginfakkan beras dan barang keperluan lain kepada ABIM untuk diberikan kepada fakir miskin dan yang memerlukan.







Antara sumber pendapatan penduduk di Kg Bakar Batu

                                               


Maklumat penerima sumbangan diambil bagi memudahkan program susulan yang akan datang
   


Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan ABIM boleh menghubungi saudari Norzy di talian 014-8587881
read more

KSSSB di perkampungan orang asli Kg. Bakar Batu, Johor Bahru




Pada 27 September 2014 , KSSSB Johor Bahru diteruskan lagi di perkampungan orang asli Kg. Bakar Batu, Johor Bahru. Program KSSSB ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran exco-exco negeri dan sukarelawan - sukarelawan dari UTM. Dengan bantuan sukarelawan - sukarelawan, data orang seletar ini dapat dikumpulkan bagi memudahkan program susulan akan datang.

Peyerahan sekampit beras berjalan dengan lancar dengan ditemani Tok Batin dan penduduk setempat. sebanyak 42 rumah telah menerima sumbangan. Majoriti penduduk disini adalah beragama islam dan dua keluarga tidak beragama islam.

Antara rutin harian orang Asli seletar yang menetap di kampung Bakar Batu adalah mencari umpun untuk dijual kepada orang luar sebagai umpan memancing serta mencari dan mengopek kulit kupang. Laut berdekatan sudah menjadi seperti padang permainan bagi anak2 asli seletar disini. Kelihatan seronok anak2 kecil menjalani rutin harian mereka, tetapi sayang, kebanyakan anak2 ini tidak bersekolah, seumur 12 tahun sudah membantu keluarga mencari rezeki di laut. Moga ABIM Johor dan NGO lain berkesempatan membuat program susulan bagi membantu mereka memberi pendedahan dalam agama islam dan kesedaran menuntut ilmu.

Dikesempatan ini, ABIM Johor ingin mengucapkan Jutaan terima kasih dan doa kepada penyumbang yang menginfakkan beras dan barang keperluan lain kepada ABIM untuk diberikan kepada fakir miskin dan yang memerlukan. Kepada yang ingin menyumbang, segala bentuk sumbangan adalah dialu-alukan... =)
read more

September 13, 2014

Muktamar Sanawi ABIM Ke 43

Alhamdulillah, pada 13 September 2014/ 18 Zulkaedah 1435H, ABIM  Johor berkesempatan menghadiri Muktamar Sanawi ABIM  Ke-43 dan Majlis Perasmian Simposium Hari Malaysia 2014 yang dilangsungkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah.

ABIM Johor diwakili oleh Yang DiPertua ABIM Negeri Johor, saudara Zainudin Zakaria, Dr. Ahmad Razin (setiauasaha negeri), saudara Ghazali Abu (setiausaha kewangan), saudari Hasliza (ketua helwa), saudari Sakinah (exco ekonomi), saudari Syarifah Norzy (exco pembangunan sosial) dan saudari Zainab (exco media).

***Memoir ‪#‎muktamarAbim43‬ l "Bahagia menusuk jiwa tatkala mata bertentang mata, rasa rindu membungkam di dada melihat pejuang muda yang gigih dan bersemangat perwira. Tangan bersalam erat genggaman, pelukan melerai kerinduan agar kita semua terpilih sebagai Jundullah dan Ansarullah yang dinaungi di bawah naungan rahmat-Nya. Di Sabah ini kita berkumpul buat julung kalinya di negeri di bawah bayu, yang menyambut kedatangan kita dengan penuh takzim, ramah dan mesra.":- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan.

Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM ke-43.
Ucapan Dasar Sempena Muktamar ABIM Kali Ke-43, Mengangkat Tema "Pembinaan Bangsa Malaysia: Memahami Realiti Kepelbagaian, Mencorak Khittah Masa Depan"

http://www.scribd.com/doc/240517881/Ucapan-Dasar-ABIM-2014-Muktamar-ABIM-Ke-43




read more

September 11, 2014

Ziarah Rumah Putera Harapan Ranau, Sabah








Kedatangan delegasi ABIM Johor ke bumi Sabah yang lebih awal sempena Muktamar ABIM 2014, membolehkan kami menziarahi Rumah Putera Harapan Ranau, Sabah. Rumah Putera Harapan merupakan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak terbiar di negeri Sabah, khususnya Ranau. Badan-badan NGO Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantu kanak-kanak dengan menyediakan tempat perlindungan dan menyiapkan pendidikan untuk mereka.


Dirumah yang penuh barakah ini, berkesempatan membuat 'sharing moment' bersama Dr.Razak, figura Abim - Wadah National. Delegasi ABIM Johor juga berkesempatan berkenalan dengan delegasi ABIM Mesir yang telah tiba lebih awal sempena program Muktamar ABIM 2014.

read more

Ogos 22, 2014

Ziarah Raya ABIM Johor 2014

Ziarah Raya ABIM Johor 2014





Yang jauh didekatkan Yang dekat dieratkan.. moga silaturrahim yang dihubungkan mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terbina... Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" (Surah an-Nisaa', ayat 1)




read more

Julai 05, 2014

KSSB 2014, KG SEPAKAT, JOHOR


KSSB 2014, KG SEPAKAT, JOHOR

Alhamdulillah... 5 julai 2014, ABIM JOHOR meneruskan penyerahan sekampit beras di Kampung Sepakat, Skudai, Johor. Kebanyakan penerima adalah warga emas dan tidak menerima apa2 bantuan. melihat wajah tua yang menyimpan 1001 pengalaman, pahit manis, suka dan duka, membuatkan diri ini merindui mak dan ayah di kampung. Moga Allah kurniakan kesihatan  dan rezeki yang baik kepada warga emas ini.






Ni pak Ya dan isteri... mendengar hakikat hidup pak cik dan mak cik membuatkan saya bergenang air mata... umur mak cik sudah dekat 60 tahun, ada sakit parkinson.. umur pak  cik lebih 70 tahun.. sebetulnya, kedua nya tidak bekerja, tidak menerima apa2 bantuan. untuk meneruskan kelangsungan hidup, waktu petang mak cik dan pak cik pergi taman jaya, bekerja cuci pinggan dan lab meja.. dengan upah inilah digunakan untuk membeli juadah puasa





ini rumah salah seorang penerima...  iaitu rumah pakya... pakya cuba tunjuk atap rumahnye yang dah bocor dan terkopak... kata pakya, boleh tengok bulan dan bintang dari dalam rumah...sampai ke hari ini mereka berdua perlu bekerja seperti jual ulam2, cuci pinggan, lap meja dan tolong orang menjual di bazar bagi mendapatkan upah untuk membeli makanan...pemohonan jkm ditolak atas alasan ada anak... kata jkm, sekurang2nya, anak bg RM10 sebulan, tapi realitinya, kata isteri Pakya, jangan katakan sebulan.. RM10 untk setahun pun xde... jadi mereka terpaksa bekerja utk menyara hidup


ABIM Johor tidak berkesempatan untuk ziarah kerumah penerima yang lain atas faktor masa. In syaa Allah, dilain masa kami akan menziarahi mereka lagi disini. 

Kepada yang berminat untuk menyertai Program anjuran ABIM Johor, boleh berdaftar sebagai sukarelawan..

sekian perkongsian di kg sepakat







read more

Julai 04, 2014

Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)

Sepanjang Ramadhan 1435H
Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)



                                                       1st trip KSSB 2014 ABIM JOHOR




Penyerahan sekampit beras kepada penerima disekitar Johor Bahru. Terima kasih kepada sukarelawan2 dari UTM yang turut membantu dalam menjayakan 1st trip KSSB 2014






read more

Januari 29, 2014

FENOMENA AMMAR : PENCETUS KEBANGKITAN GENERASI MUDA SATU I'TIBAR


Dijemput semua untuk hadir
Berminat sila daftar segera
Tempat Terhad untuk 450 orang sahaja....



read more

Mei 20, 2013

Muktamar Sanawi ABIM Johor ke-40

Kebersamaan dalam jemaah mampu menjadi agen perubahan dalam masyarakat, demikian pesanan Sdr. Mohamad Raimi bin Ab Rahim, Setiausaha Agung ABIM ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi ABIM Negeri Johor ke-40 yang telah berlangsung pada 18 Mei 2013 bersamaan 8 Rejab 1434 Hijrah yang lalu bertempat di Dewan Sekolah SRI Johor Bahru, Johor.


Dalam majlis yang menghimpun lebih 100 orang muktamirin yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati yang hadir mewakili daerah-daerah dan agensi-agensi ABIM di Johor tersebut, beliau menegaskan kepentingan usrah sebagai asas yang penting disusuli dengan tamrin dan muktamar. Beliau turut mendokong saranan bahawa ahli-ahli ABIM yang berwibawa harus diangkat bagi memimpin masyarakat. Beliau turut berkongsi mengenai kejayaan Datuk Mohd. Idris Jauzi dalam pilihanraya lalu harus dijadikan contoh terbaik. Ini kerana ia berjaya membuktikan kejayaan gerakan ABIM dalam membawa pendidikan ke masyarakat kampung.

Muktamar pada kali ini juga berbesar hati kerana menerima kehadiran Naib Presiden WADAH iaitu YB Datuk Mohd Idris Jauzi. Beliau sempat menyampaikan ucapannya dengan mengingatkan agar penyebaran dakwah bukanlah hanya setempat tetapi bersifat menyeluruh dan meluas. Sebagai ahli jamaah, usaha menegakkan kebenaran dan keadilan haruslah meliputi segenap urat nadi kita. Beliau turut mengingatkan mengenai semangat juang Rasulullah SAW yang tinggi dan menggalakkan ahli jamaah mempersiapkan diri dengan persiapan kerohanian, konsistensi, akhlak, keilmuan dan kemesraan antara masyarakat.


Pada muktamar kali ini, turut dilihat beberapa perubahan saf pimpinan ABIM Negeri Johor bagi sesi 2013-2015 dengan sekali lagi masih dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji AB Razak Aripin sebagai Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor untuk penggal ke-2. Semoga segala amanah dapat dilaksanakan sebaiknya.

Tahniah kepada semua. Allahu Akbar!
read more

Februari 05, 2013

Himpunan HELWA Kebangsaan & Tamrin HELWA 3G Johor

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya, Himpunan Helwa Kebangsaan dan Tamrin Helwa KPIJ-ABIM-WADAH peringkat negeri Johor berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 2-3 Febuari 2013 bersamaan 21-22 Rabi’ulawal 1434H, Sabtu dan Ahad bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.  Dengan kehadiran seramai 39 orang termasuk Hewi KPIJ, Helwa ABIM, Salwa WADAH dan jemputan wakil dari agensi ABIM, program ini bertujuan untuk memantapkan fikrah ahli- ahli dan petugas- petugas jemaah disamping merapatkan ukhuwwah antara muslimah dalam jemaah melalui jaulah bersama.


Program telah dimulakan dengan jaulah mahabbah dari Kompleks Mustika Embun, Johor Bahru pada jam 4.45 pagi dan selamat sampai di Shah Alam untuk program Himpunan Helwa Kebangsaan anjuran Helwa Pusat  pada jam 9.50 pagi. Sepanjang himpunan berlangsung, terdapat banyak input menarik berkaitan politik dan cabarannya kepada wanita, peranan wanita dalam maqasid syariah dan tidak kurang juga tentang masalah sosial masa kini yang melibatkan wanita yang dibentangkan oleh mereka yang arif dan berpengalaman dalam bidang masing- masing. Antaranya ialah Dato’ Idris Jauzi, Prof. Dato’ Dr Redzuan Othman, Datin Siti Zulaikha Mohd Noor, Ustazah Nordiran Idris, Ucaptama daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Siddiq Fadzil juga sangat memberi makna dan kesan yang mendalam terhadap hadirin yang hadir dalam himpunan tersebut. Disamping itu, majlis himpunan diserikan lagi dengan penganugerahan Siti Khadijah dan Siti Aishah yang disandang oleh Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Allahyarhamah Proffesor Dr Khalijah Mohd Salleh diatas sumbangannya dalam gerakan dan keilmuannya dalam pembangunan masyarakat.



            Pada jam 5.30 petang, kesemua peserta bergerak ke Teras Jernang, Bangi bagi menghadiri Tamrin Helwa 3 Generasi KPIJ, ABIM dan WADAH. Tamrin dimulakan pada jam 9.00 malam dengan pengisian daripada Dato’ Idris Jauzi tentang strategi dan keberkesanan dakwah di lapangan. Ternyata, perkongsiannya mampu membuka mata para peserta tentang kepentingan ahli jemaah untuk berada di lapangan dalam misi rahmatan lil’alamin.


            Program diteruskan lagi pada keesokan harinya, 3 Febuari 2013 dengan forum bicara Helwa yang menyaksikan gandingan mantap Puan Fadhlina Siddiq, Puan Nor Izura Uzair atau lebih dikenali sebagai Along (mantan exco PKPIM) tentang keterlibatan wanita dalam gerakan di peringkat keluarga dan masyarakat. Pengalaman mereka dalam realiti sosial masyarakat masa kini menyedarkan peserta bahawa tugas kita sebagai dai’e semakin banyak. Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi santai bersama Puan Salwa Fadhil, Perunding imej Seanggun Bidadari, berkongsi tentang penjagaan imej wanita muslimah. Perkongsiannya ternyata memberi inspirasi kepada para peserta tentang penjagaan imej dalam menghadapi masyarakat luar terutama mad’u. Akhirnya, program diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada saudara Khairul Arrifin, Naib Presiden MAKTAB.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat komitmen semua penggerak dan peserta, Himpunan Helwa Kebangsaan dan Tamrin Helwa 3G Johor berjaya mencapai objektif program. Semoga segala ilmu yang diperolehi daripada program ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta seterusnya dapat menjadi agen petindak di daerah masing- masing.

Disediakan Oleh: Fatimah bt Abdul Salam
(Timb. HEWI KPIJ Pusat)
read more