Ads 468x60px

Photobucket

Mei 09, 2010

Muktamar Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) Ke-42

Oleh : Faridah Binti Mohd Tap

Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah, Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ) telah selamat melaksanakan Muktamar tahunan bagi sesi 2010/2011 bertempat di Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat. Majlis bermula pada pukul 3.50 petang dengan bacaan doa, bacaan Asmaul Husna dan nyanyian Lagu “Hidup Biar Berjasa”

Ucaptama perasmian Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) KPIJ kali ke-42 telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Faisal bin Abdul Aziz, selaku Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau banyak membicarakan tentang peranan gerakan pelajar dalam konteks hari ini. Tidak ketinggalan, beliau juga turut memyentuh tentang senario semasa sosio-politik negara yang menghadapi pelbagai rencam yang semakin membingungkan. Lantaran itu, gerakan pelajar Islam perlu memainkan peranan penting dalam menjana semula kekuatan untuk menjadi jurubicara masyarakat seperti di era 70-an dan 80-an.

Seterusnya, muktamar atau MPAT KPIJ diteruskan lagi dengan pembacaan ucapan dasar oleh Yang Dipertua KPIJ, Saudara Khairullah bin Zainuddin. Tema yang diangkat pada ucapan dasar kali ini ialah, “Menghayati Sirah Nabawiyyah, Mempersiap Generasi Dakwah”. Beliau banyak menyentuh tentang kepentingan ahli gerakan Islam untuk mengambil iktibar daripada sirah junjungan mulia Rasulullah dalam mengakarbumikan dakwah Tauhidullah di bumi Mekah. Kesungguhan tidak berbelah bahagi Baginda dalam membawa amanah Ilahi telah melahirkan satu generasi pengikut yang unggul dalam sejarah dunia Islam dan bukan Islam. Turut disentuh ialah kebersamaan KPIJ, ABIM dan juga WADAH sebagai keluarga besar yang berkesinambungan antara satu sama lain walaupun mempunyai pendekatan mad’u yang berbeza. Peranan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) juga turut dimuatkan dalam ucapan dasar tersebut.

Selesai sahaja ucapan dasar, Muktamar Thanawi terus berlangsung dengan dipengerusikan oleh Saudara Zainuddin, juga meragkap AJK Tugas-Tugas Khas KPIJ serta YDP ABIM Daerah Mersing. Pimpinan dipersilakan tampil ke hadapan dan sesi pembentangan laporan minit mesyuarat tahunan KPIJ kali ke-41, pembentangan laporan aktiviti tahunan bagi sesi 2009/2010 dan pembentangan laporan kewangan pun berlangsung.

Pembubaran saf kepimpinan bagi sesi 2009/2010 diselesaikan sejurus selepas sesi perbahasan, pengesahan dan dan pengumuman saf kepimpinan baru yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura telah disempurnakan. Pengumuman barisan kepimpinan KPIJ bagi sesi 2010/2011 telah diumumkan oleh Saudara Hasnul Haniff bin Harun selaku Naib Presiden Kebangsaan PKPIM. Saf qiyadah yang baru adalah seperti berikut:-

YANG DI-PERTUA : MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDIN
TIMBALAN YANG DI-PERTUA : ABDUL AZIZ BIN ALI
KETUA HEWI : SARAH AYU BINTE ABDUL RAHMAN
TIMBALAN KETUA HEWI : HASLIZA BINTI MOHAMAD ALI
BENDAHARI : SHAKINAH BINTI ALI
PENOLONG BENDAHARI : NORHAFIZAH BINTI AHMAD
SETIAUSAHA AGUNG : ABDUL HADI BIN MD RUSDI
PENOLONG SETIAUSAHA : ISLINDA BINTI IBRAHIM
EXCO DAKWAH DAN TARBIYYAH : ARI KURNIAWAN BIN ABDUL GAFAR
EXCO DAKWAH DAN TARBIYYAH : NUROLL AIMAN BIN NUROLL AZMI
EXCO DAKWAH DAN TARBIYYAH : RAFIDAH BINTI HUSIN
EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN : MUHAMMAD HANIS BIN ZAKARIA
EXCO KADERISASI : MOHD NURISHAQ BIN MOHD FAUZI
EXCO KADERISASI : HAFSAH BINTI ABDUL MANAF
EXCO EKONOMI : KHAIRUL FAHMI HELMI BIN MUHAROR
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : MOHAMAD ZUL IKRAM BIN ISHAK
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : FARIDAH BINTI MOHD TAP

Muktamar Thanawi KPIJ telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 50 orang ahli KPIJ daripada 3 cawangan KPIJ iaitu Rengit, Skudai dan Tanjung Putri, Johor Bahru. Muktamar bersurai pada jam 7 petang.