KSSB 2014, KG SEPAKAT, JOHOR
Alhamdulillah... 5 julai 2014, ABIM JOHOR meneruskan penyerahan sekampit beras di Kampung Sepakat, Skudai, Johor. Kebanyakan penerima adalah warga emas dan tidak menerima apa2 bantuan. melihat wajah tua yang menyimpan 1001 pengalaman, pahit manis, suka dan duka, membuatkan diri ini merindui mak dan ayah di kampung. Moga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang baik kepada warga emas ini.

Ni pak Ya dan isteri... mendengar hakikat hidup pak cik dan mak cik membuatkan saya bergenang air mata... umur mak cik sudah dekat 60 tahun, ada sakit parkinson.. umur pak cik lebih 70 tahun.. sebetulnya, kedua nya tidak bekerja, tidak menerima apa2 bantuan. untuk meneruskan kelangsungan hidup, waktu petang mak cik dan pak cik pergi taman jaya, bekerja cuci pinggan dan lab meja.. dengan upah inilah digunakan untuk membeli juadah puasa

ABIM Johor tidak berkesempatan untuk ziarah kerumah penerima yang lain atas faktor masa. In syaa Allah, dilain masa kami akan menziarahi mereka lagi disini.
Kepada yang berminat untuk menyertai Program anjuran ABIM Johor, boleh berdaftar sebagai sukarelawan..
sekian perkongsian di kg sepakat