Ads 468x60px

Photobucket

Februari 20, 2010

Usrah Perdana Siri 01 2010 ABIM Johor

Oleh : Raibatul Adawiah Binti Ahmat Miskam

Pada tanggal 19 Februari 2010 bersamaan 5 Rabiulawal 1431 Hijrah, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Johor Bahru, ABIM negeri Johor telah mengadakan Usrah Perdana ABIM Johor. Program ini melibatkan semua warga ABIM Johor termasuklah daripada pucuk pimpinan ABIM Johor dan daerah, staf agensi–agensi serta tidak ketinggalan sahabat kenalan ABIM Johor.

Program ini diadakan diambang sambutan Maulidur Rasul yang akan dirayakan kurang seminggu lagi. Bertemakan tema “Rasulullah Utusan Rahmatanlilalamin” ceramah perdana telah disampaikan oleh Ustaz Haji Ab. Razak Bin Aripin, Timbalan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor.

Topik utama yang digariskan merujuk kepada ayat suci Al-Quran iaitu Surah At-Taubah ayat 128-129 :



Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Daripada keterangan ayat tersebut sudah terbukti bahawa perutusan Nabi Muhammad Rasulullah SAW adalah sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam (Rahmatallil'alamin) dan selari dengan tajuk yang ingin dikupas.

Insya-Allah sekiranya tiada aral program Usrah Perdana siri ke-2 akan diteruskan pada bulan Mei kelak.