Ads 468x60px

Photobucket

Februari 21, 2010

Bengkel ABIM Johor 01

Oleh : Raibatul Adawiah Binti Ahmat Miskam

Pada tanggal 20 Februari 2010 bersamaan 6 Rabiulawal 1431 Hijrah , bertempat di Wisma ABIM, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, ABIM negeri Johor telah melaksanakan Bengkel ABIM 01 siri 01 2010. Program yang diadakan ini telah disertai oleh 29 orang staf Agensi ABIM ABIM Johor, iaitu Sekolah Rendah Islam Johor Bahru (SRIJB), Taska Mustika Embun (TME), Seri Tanjung Catering (STC) serta Skuad Prihatin ABIM Johor.

Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk membugar kefahaman generasi baru ABIM tentang sejarah ABIM serta misi dan misi perjuangannya selain sebahagian keperluan dan tuntutan Sistem CPD Hours yang diperkenalkan untuk seluruh staf agensi ABIM Negeri Johor. Hal ini kerana kehadiran mereka dalam bengkel ini menyumbang kepada peratusan prestasi kerja masing masing. Bengkel ini merangkumi perkenalan dan penjelasan kepada staf-staf baru mahupun staf-staf lama berkaitan asas ABIM seperti misi, visi, budaya 5 ABIM, serta peranan ABIM dalam masyarakat Islam di Malaysia. Slot ini dikendalikan oleh Ustaz Ab Razak Bin Aripin, Timbalan Yang Dipertua ABIM Johor. Di samping itu, beliau turut menjelaskan sejarah penubuhan ABIM dengan mengaitkan rentetan sejarah Islam lampau hingga kini.

Slot kedua pula dikendalikan oleh Sdr. Mohd Halimi Bin Kolan, Setiausaha Kewangan ABIM Johor. Beliau menengahkan tajuk Tasawwur Gerakan yang mana menjadi simbol dakwah ABIM. Dalam slot ini, beliau mengupas lebih lanjut tentang pandangan para sarjana berkenaan dakwah, menghuraikan ciri-ciri serta peranan pendakwah yang berfungsi. Selepas itu, sesi soal jawab dan perbincangan dibuka kepada semua hadirin untuk berkongsi maklumat dan ilmu antara satu sama lain. Dengan mengadakan sesi bengkel ini pihak ABIM Negeri berharap agar staf – staf dalam perkhidmatan mampu memahami matlamat utama penubuhan ABIM supaya mereka lebih terfokus melaksanakan tanggungjawab mereka dalam agensi dengan berpaksikan dakwah kerana Allah dan mengharapkan keredaanNya.

Tahniah kepada semua jawatankuasa penggerak. Salam perjuangan ukhwah fillah.