Program
telah dimulakan dengan jaulah mahabbah dari Kompleks Mustika Embun, Johor Bahru
pada jam 4.45 pagi dan selamat sampai di Shah Alam untuk program Himpunan Helwa
Kebangsaan anjuran Helwa Pusat pada jam
9.50 pagi. Sepanjang himpunan berlangsung, terdapat banyak input menarik
berkaitan politik dan cabarannya kepada wanita, peranan wanita dalam maqasid
syariah dan tidak kurang juga tentang masalah sosial masa kini yang melibatkan
wanita yang dibentangkan oleh mereka yang arif dan berpengalaman dalam bidang
masing- masing. Antaranya ialah Dato’ Idris Jauzi, Prof. Dato’ Dr Redzuan
Othman, Datin Siti Zulaikha Mohd Noor, Ustazah Nordiran Idris, Ucaptama
daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Siddiq Fadzil juga sangat memberi makna dan
kesan yang mendalam terhadap hadirin yang hadir dalam himpunan tersebut.
Disamping itu, majlis himpunan diserikan lagi dengan penganugerahan Siti
Khadijah dan Siti Aishah yang disandang oleh Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dan Allahyarhamah Proffesor Dr Khalijah Mohd Salleh diatas sumbangannya dalam
gerakan dan keilmuannya dalam pembangunan masyarakat.
Pada jam 5.30 petang, kesemua peserta bergerak ke Teras Jernang, Bangi
bagi menghadiri Tamrin Helwa 3 Generasi KPIJ, ABIM dan WADAH. Tamrin dimulakan
pada jam 9.00 malam dengan pengisian daripada Dato’ Idris Jauzi tentang
strategi dan keberkesanan dakwah di lapangan. Ternyata, perkongsiannya mampu
membuka mata para peserta tentang kepentingan ahli jemaah untuk berada di
lapangan dalam misi rahmatan lil’alamin.
Program diteruskan lagi
pada keesokan harinya, 3 Febuari 2013 dengan forum bicara Helwa yang
menyaksikan gandingan mantap Puan Fadhlina Siddiq, Puan Nor Izura Uzair atau
lebih dikenali sebagai Along (mantan exco PKPIM) tentang keterlibatan wanita
dalam gerakan di peringkat keluarga dan masyarakat. Pengalaman mereka dalam
realiti sosial masyarakat masa kini menyedarkan peserta bahawa tugas kita
sebagai dai’e semakin banyak. Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi santai
bersama Puan Salwa Fadhil, Perunding imej Seanggun Bidadari, berkongsi tentang
penjagaan imej wanita muslimah. Perkongsiannya ternyata memberi inspirasi
kepada para peserta tentang penjagaan imej dalam menghadapi masyarakat luar
terutama mad’u. Akhirnya, program diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada
saudara Khairul Arrifin, Naib Presiden MAKTAB.
Alhamdulillah,
dengan izin Allah dan berkat komitmen semua penggerak dan peserta, Himpunan
Helwa Kebangsaan dan Tamrin Helwa 3G Johor berjaya mencapai objektif program.
Semoga segala ilmu yang diperolehi daripada program ini dapat dimanfaatkan oleh
para peserta seterusnya dapat menjadi agen petindak di daerah masing- masing.
(Timb. HEWI KPIJ Pusat)