Ads 468x60px

Photobucket

Mengenai Kami


Muqaddimah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1972. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur. ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik. 

Visi ABIM

Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah

Misi ABIM

Gerakan Islam yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah

Budaya ABIM

1. Budaya Ilmu
2. Amalan Kerohanian
3. Syura dan Amal Jama’iy
4. Memahami Isu-Isu Semasa
5. Ruhul Jihad Fisabilillah

Objektif Penubuhan ABIM

1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan asasi Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasulullah SAW.

2. Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat dengan syarat mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan.

3. Menggembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

4. Bekerjasama dan mengeratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mewujudkan rasa persahabatan dan harmoni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

5. Mewakili belia-belia Islam di persidangan-persidangan di dalam dan luar negara.

6. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi Al-Quran dan Sunnah.