Ads 468x60px

Photobucket

Januari 08, 2013

Mosque Tour Guide

Pada hari Ahad, 6 Januari 2013 telah diadakan Kursus Latihan Sukarelawan Pelancong Masjid (Mosque Tour Guide-MTG) di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Kursus ini telah diadakan oleh ABIM Johor dengan Kerjasama Islamic Outreach ABIM. Program ini telah dihadiri oleh seramai 11 orang peserta yang berminat menyumbang tenaga dan masa bagi menjalankan kerja-kerja sukarelawan di masjid sebagai pemandu pelancong masjid.

Hjh. Normah Sulaiman (CEO IOA) yg berpengalaman luas dalam program MTG 
di seluruh Malaysia.
Kursus ini adalah bertujuan untuk menyediakan dan melatih sekumpulan sukarelawan dakwah yang bersedia untuk berinteraksi dan memberikan maklumat tentang pelancongan keagamaan kepada pelancong-pelancong asing yang menggunjungi masjid-masjid di sekitar Johor.

Pada hari Isnin, 7 Januari 2013 pula kami telah membuat latihan praktikal sebagai pemandu pelancong masjid di Masjid tersebut. Sambutan dari para pelancong amat menggalakkan. Kebanyakan pelancong yang hadir ke masjid ini terdiri daripada pelancong-pelancong yang datang dari Negara Jepun, Korea dan China.

Misi utama diadakan kerja sukarelawan ini adalah untuk mendedahkan tentang keindahan Islam kepada pelancong asing agar mereka dapat mengenal serta mengurangi salah tanggap tentang agama Islam. Kami juga membuat penerangan mengenai sejarah, rekabentuk dan fungsi masjid serta penerangan tentang ibadah solat secara asas. Dalam masa yang sama kami juga mengedarkan risalah-risalah dan buku The Prophet of Islam Muhammad – Biography & Pictorial Guide to the Moral Basis of the Islamic Civilization kepada para pelancong yang berminat.

Latihan praktikal di Masjid Sultan Abu Bakar
Kami disertai oleh Mr. Kasim Dobraca (berbaju pink bertopi hitam) yang berkongsi 
pengalaman beliau melaksanakan MTG di Blue Mosque, Turkey.
Antara yang terlibat dalam Latihan Praktikal MTG
Justeru, kami memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan dalam kumpulan pemandu pelancong masjid ini terutama bagi mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Jepun, Korea atau China boleh menghubungi Sekretariat ABIM Johor di talian 07-2216355 (Pejabat) atau 013-5151963 (Pn. Fauzana).