Ads 468x60px

Photobucket

Januari 02, 2013

Jejak Belia Johor Ambang Tahun Baru 2013



Apa ertinya sambutan tahun baru kepada generasi muda masa kini? Bagaimana generasi ini melalui permulaan tahun baru yang seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan dimulai dengan keberkatan. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) cuba mendekati golongan ini semasa Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Seramai hampir 40 sukarelawan menyertai program ini.



            
Sebelum turun ke lapangan, peserta didedahkan dengan ilmu berkaitan sebagai persiapan ke lapangan antaranya Pengenalan KPIJ serta Pengenalan ABIM dan pergerakannya dalam dakwah oleh Sdr. Mohd Salehuddin Ahmat Miskam (TYDP ABIM Johor). Kemudian, peserta diberi penerangan mengenai asas kesukarelawanan dan dakwah lapangan oleh Sdr. Muhammad Salehuddin Jamal (TYDP KPIJ). Malam 31 Disember 2012, taklimat program disampaikan oleh Sdr. Muazan Mahbol selaku pengarah program bagi kali ini. 


Realitinya, masyarakat hari ini lebih gemar menyambut tahun baru dengan hiburan duniawi dan berpeleseran tanpa arah. Inilah tanggungjawab yang kami galas sepanjang malam tahun baru ini dengan menyebarkan risalah dakwah, temu ramah dengan pengunjung dan seterusnya mengeratkan ukhwah bersama masyarakat. 


Secara keseluruhan program ini amat berjaya kerana pengisian program yang sangat efektif dan memberi kesan yang positif kepada peserta dalam membangunkan modal insan. Ayuh semangat muda, terus bangkit kerna masih banyak tanggungjawab kita yang belum selesai terhadap masyarakat!

Disediakan Oleh : Norhafizah Ahmad (HEWI KPIJ Pusat)