Oleh : ABU MUHAMMAD (II)
Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431 Hijrah, WADAH ABIM Johor telah melaksanakan Muktamar Ke-3 di Masjid Jamek Segamat. Muktamar pada kali ini telah dihadiri oleh kira-kira 30 orang perwakilan dari seluruh negeri Johor
Muktamar bermula sekitar 4.00 petang dengan dirasmikan oleh Naib Presiden WADAH Pusat, Prof. Madya Dr. Shaharudin Bin Badarudin. Muktamar WADAH Johor yang julung-julung kali diadakan di luar daerah Johor Bahru memberikan impak yang besar setelah pada sebelah pagi telah diadakan Seminar Islam & Masyarakat Majmuk.
Tahniah kepada semua penggerak. Takbir..Allahu—Akbar 3x