Ads 468x60px

Photobucket

Mei 08, 2010

Usrah Perdana

BERSEMPENA MUKTAMAR THANAWI STRATEGIK JOHOR KALI PERTAMA 2010
Oleh : Sarah Ayu Abd Rahman

Pada 7 Mei 2010 bersamaan 22 Jamadilawal 1431 Hijrah, ABIM Negeri Johor telah mengadakan Usrah Perdana bersempena Muktamar Thanawi Strategik (MTS) Negeri Johor Kali Pertama 2010 bertempat di Wisma Ar-Raudhoh ABIM Segamat ( WARAS ). Usrah dihadiri oleh ahli-ahli KPIJ, ABIM Johor, Staf-staf ABIM Johor dan WADAH ABIM Johor. Usrah bermula pada pukul 9.00 malam. Pengisian Usrah Perdana disampaikan oleh Ustaz Abbas Bin Abdul Rahman, Mantan YDP ABIM Segamat yang ke-2 bertajuk ‘‘Muhasabah Gerakan’’.

Antara isi kandungan usrah yang dibentang adalah kepentingan muhasabah dalam gerakan. Sebagai ahli gerakan,kita perlu bermuhasabah dalam setiap apa yang kita lakukan agar dapat mengetahui tahap pencapaian dan kualiti pengurusan gerak kerja. Antara Contohnya,Saidina Umar Al-khattab akan bermuhasabah diri sebelum tidur. Proses muhasabah itu perlulah berperingkat-peringakat agar tercapai matlamat dan objektif dalam misi yang kita lakukan.

Selain itu, beliau menekankan aspek tarbiyyah yang kuat dalam mengisi kerohanian atau dalaman ahli-ahli gerakan, sebagai contohnya melakukan Qiammulail sebagai amalan fardiyyah setiap ahli-ahli geraka. Di samping itu, beliau menekankan aspek pendidikan. Dasarwarsa ini, ahli-ahli gerakan mesti menerapkan aspek pendidikan kerana ia menjadi prioriti dalam menjalankan misi dakwah . Sebagai ibu bapa, kita perlulah mencatat kejayaan peribadi (Personal Glory) agar dapat meniup roh semangat kepada anak-anak dan memberi contoh teladan pada masa akan datang.

Akhir sekali,Ustaz Abbas menekankan potensi setiap ahli geraka. Cuma kita mesti mengenalpasti potensi itu dan setiap potensi itu perlu digilap agar dapat menyumbang pada masyarakat khasnya pada ummat Islam sejagat. Waahuaallam