Sebuah penulisan tentang pandangan kritikal lagi berat untuk perhatian ahli gerakan.

Jika kita merujuk kepada frasa di atas (diterbitkan di blog ABIM Johor), menghulurkan bantuan terhadap insan yang sangat memerlukan amatlah dituntut oleh Islam. Ibadah zakat yang termaktub di dalam rukun Islam, merupakan manifestasi betapa pentingnya gagasan memperkasa kemandirian ummah.
Justeru ABIM negeri Johor telah mengadakan suatu inisiatif Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras sebagai suatu usaha untuk menyemarakkan budaya bantu-membantu di kalangan ummah khususnya ummat Islam. Walaubagaimanapun, dalam mengatur gerak kerja yang bersifat kebajikan ini, prioriti seharusnya disusun secekap mungkin agar sumbangan ini lebih bermakna kepada yang memerlukan.
Dalam konteks pengukuhan organisasi, internalisasi amat penting dalam memastikan kesinambungan sesebuah gerakan. Bermula dengan Ta'aruf, Ta'awun dan seterusnya Takaful, sesuatu proses internalisasi itu akan dianggap sempurna jika ketiga-tiga elemen ini diharmonikan secara bersepadu. 37 tahun ABIM dipersada dakwah, seharusnya proses internalisasi ini boleh anggap sudah sebati di kalangan ahli gerakan serta sukarelawan ABIM. Agenda 3P iaitu Pembela, Prihatin dan Pendidik seharusnya mengambil kira serta tidak memandang enteng isu internalisasi jamaah.
Mungkin sesekali kita perlu bermuhasabah, di manakah posisi kita di dalam proses internalisasi jamaah? Adakah masih lagi di takuk Ta'aruf, samar-samar tentang konsep ta'awun atau tidak terfikir lansung untuk menganjak jamaah ke tahap ideal iaitu Takaful?
Seharusnya dalam merencanakan sesebuah program nilai-nilai internalisasi ini perlulah ditekankan. Janganlah umpama kata bidalan "Kera di hutan disusukan, Anak sendiri mati kelaparan". Amat malanglah bagi kita jika anak yang 'mati' itu merupakan anak yang sangat tinggi daya juangnya, besar jiwanya serta tajam akal fikirannya.
Dalam konteks amal jam'ie, kita sewajarnya meraikan serta menghargai rakan-rakan kita yang mengorbankan masanya untuk kelestarian ABIM. Mungkin jika di banding secara kasarnya dari segi pengorbanan diri dan harta, secara keseluruhan ahli ABIM melakukannya. Tetapi bila membicarakan soal masa, di sinilah penghargaan yang sewajarnya harus kita berikan kepada rakan-rakan seperjuangan kita. Salut kepada anda yang mengorbankan masa demi agama tercinta! Khususnya guru-guru TASKA, SRI, SEMI, serta semua pekerja sepenuh masa di seketariat ABIM Negeri/Pusat serta Agensi ABIM
Ikhlas,
Syakir
http://misyakir.blogspot.com