Ads 468x60px

Photobucket

Jun 14, 2008

Alhamdulillah Muzakarah Berjaya Dilaksanakan

MUZAKARAH KEPRIHATINAN UMAT ISLAM
SABTU, 14 JUN 2008 - N24, UTM SKUDAI
(Link berkaitan sila klik di sini)

Majlis Muzakarah Keprihatinan Umat Islam 2008 telah berlangsung di D07, N24, UTM, Skudai, Johor dengan bertemakan “KESELAMATAN, PEMAKANAN dan PERUNDANGAN: SELAMATKAH KITA?” menyatakan penyataan persetujuan berikut sebagai gagasan resolusi Muzakarah iaitu :-

1. Menginsafi bahawa ajaran al-Quran bukan hanya difahami dalam konteks ibadah khusus sahaja tetapi ianya perlu diterjemahkan dalam segenap aspek kehidupan baik dari aspek sosial, muamalat, kesihatan, pertahanan dan sebagainya.

2. Menyedari bahawa pemakanan yang sihat perlulah diasaskan kepada prinsip “Halalan Tayyiban” iaitu makanan yang dimakan perlulah halal, sempurna dan sebaik-baiknya berasal dari persekitaran sendiri.

3. Menggerakkan usaha untuk mewujudkan media akhbar sendiri yang mewakili NGO Islam supaya suara NGO Islam dapat disebarkan dengan meluas kepada masyarakat bagi menangkis akhbar utama yang tidak memberikan ruang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakan NGO Islam.

4. Mengukuhkan budaya prihatin dan ambil peduli bagi setiap anggota masyarakat terhadap jiran dan persekitaran masing-masing disamping memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada pihak Polis supaya masaalah jenayah dapat dikurangkan.

5. Menegaskan bahawa penggunaan kalimah-kalimah yang digunakan di dalam agama Islam seperti Allah, Baitullah dan Solat tidak boleh digunakan untuk menerangkan konsep agama lain selain Islam.