Ads 468x60px

Photobucket

Mei 28, 2008

Muzakarah Keprihatinan Umat Islam

.
Mutakhir ini, pelbagai isu dan permasalahan berlaku melibatkan masyarakat Islam sejagat. Rata-rata permasalahan yang berlaku menampakkan ketempangan masyarakat Islam itu sendiri akibat daripada kurangnya keprihatinan kepada yang lain dan kurangnya penguasaan masyarakat Islam keseluruhannya dalam menguasai pelbagai disiplin ilmu.
.
Isu murtad, penghinaan kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W menjurus kepada kemarahan masyarakat Islam sedunia. Hal-hal berkaitan keselamatan dan perundangan juga turut menjadi perkara penting yang harus diberikan perhatian. Dari aspek pemakanan pula, perkara ini penting untuk diketengahkan kepada masyarakat Islam hari ini lantaran aspek kebersihan dan kualiti halal produk-produk yang dihasilkan semakin diragui.
.
Natijahnya, pelbagai isu yang melatari masyarakat Islam hari ini berlaku akibat kurangnya keprihatinan kita sesama Islam dan kita dengan persekitaran kita. Seharusnya satu langkah penyelesaian konkrit harus dilaksanakan segera bagi memastikan masalah-masalah dan isu-isu yang berbangkit dapat ditangani segera.
.
Objektif

Program ini mempunyai beberapa objektif utama seperti berikut:

  1. Memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai isu permasalahan pokok masyarakat Islam

  2. Meningkatkan keprihatinan masyarakat Islam berkenaan isu-isu semasa umat Islam, keselamatan, perundangan dan pemakanan

  3. Merangka strategi bersama dalam usaha mendepani isu-isu umat Islam

.
Anjuran

Program ini adalah anjuran bersama

  1. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan

  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor.
    .

    ============================================
>>>PERTANYAAN HUBUNGI:

SEKRETARIAT
( MUZAKARAH KEPRIHATINAN UMAT ISLAM )
10, JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK
80100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM
NO.TEL : 07-2216355 NO. FAX : 07-2213562
.


.



.

.