Tarikh : 18 Mei 2008
Masa : 09.00 Malam
Tempat : Balai Masjid Kg. Jawa, Segamat, Johor Darul Ta’zim

.
Ucapan YDP ABIM Segamat
Muktamar merupakan medan untuk bermuhasabah segala aktiviti yang telah dilaksanakan dan menginsafi keberkesanan aktiviti tersebut kepada umat. Di samping itu ia juga menjadi medan bagi kita menyusun strategi dan gerak kerja yang lebih mantap, sesuai dengan tuntutan semasa.
.
Bagi mendapat gambaran suasana kepemimpinan akan datang yang penuh dengan kecelaruan, Bisyr bin Al-Harits Rahimahullah berkata; ' Nanti akan datang suatu zaman kepada manusia, dimana semua perkara yang berlaku tidak akan menyedapkan mata orang yang bijaksana memandangnya. Dan akan datang suatu zaman kepada manusia, dimana kekuasaan itu dipegang oleh orang-orang yang bodoh dan keras kepala untuk diterapkan keatas orang-orang yang pandai dan bijaksana.'
.
Kenyataan beliau amat futuris kerana dapat menggambarkan corak kepimpinan masa kini yang bakal menjadi laluan sukar dimedan dakwah. Hakikatnya para pendakwah akan berhadapan dengan pemimpin yang sukar untuk menerima kebenaran ayat-ayat Allah.

Sementara itu Abu Abdullah Al-Harits bin Asad Al-Muharibi Rahimahullah menggambarkan kelemahan umat masa kini yang kehilangan faktor berikut;
.
1. Wajah yang cantik dengan memelihara diri.
2. Bicara yang bagus dengan menjaga agama.
3. Persaudaraan yang baik dengan menjaga amanat.
.
Kenyataan beliau menggambarkan bahawa pendakwah akhir zaman akan berhadapan dengan umat yang telah tergelincir daripada landasan wahyu Illahi. Adalah menjadi tugas utama kita melipatgandakan usaha dakwah dan tarbiyyah bagi mengembalikan umat Islam kelandasan yang betul.
.
Walau bagaimanapun, cuba kita renung janji-janji Allah S.W.T kepada hambanya yang menegakkan amal ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran iaitu;
"Mereka yang berjihad pada ( urusan ) Kami, tetap Kami akan menunjuki jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut ; 69)
.
Ayat di atas menjadi pendorong dan motivasi kepada para da'i kerana Allah S.W.T berjanji akan memimpin ke jalanNya bukan hanya kepada mereka yang menang ketika
berjihad tetapi kepada hambanya yang berjuang ke jalanNya.
.
.
Sekian dan selamat bermuktamar dengan penuh rasa tanggungjawab
.