Ads 468x60px

Photobucket

Ogos 24, 2015

Kunjungan ke Persatuan Orang Cacat Johor Bahru


Alhamdulillah, hari ini ABIM Johor berkesempatan berkunjung ke Persatuan Orang Cacat Johor Bahru. Banyak yang dikongsikan oleh Haji Fuad iaitu pengerusi bagi persatuan orang cacat johor bahru. 
Lebih 300 orang yang telah berdaftar dengan persatuan ini yang mana sangat memberi manfaat kepada golongan orang kurang upaya (OKU). 
Disini, pihak persatuan boleh mengeluarkan surat sokongan untuk OKU bagi urusan tertentu, menghantar OKU yang berdaftar ke JARO bagi mendidik dan memberi latihan kemahiran kepada OKU seperti dalam bidang jahitan, kraf tangan dan menjilid buku.



Walau bagaimanapun, Persatuan orang cacat johor bahru ini memerlukan dana yang banyak untuk kos pengurusan dan berkaitan, kami menggalakan sebarang bentuk sumbangan bagi menambah barang keperluan dan peralatan kelengkapan OKU dan mengurangkan bebanan kos pengurusan. 
Sumbangan boleh dibuat secara terus kepada Haji Fuad atau melalui pihak ABIM ke akaun BIMB Tabung Prihatin 01014010045659.


 Untuk makluman, mereka yang berdaftar juga ada menjalankan khidmat urut dimana boleh dilakukan dirumah persatuan orang kurang upaya. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi terus Haji Fuad di talian 013 722 2117.


 Bagi yang berminat untuk terlibat dengan program kebajikan dan kemasyarakatan ABIM Johor, anda dialukan-alukan menyertai Skuad Prihatin ABIM Johor dengan cara pm nama dan contact no anda di inbox ABIM Johor.



#sejahterakanMalaysiadenganDakwah
#semarakkanharimudenganIbadah