Ads 468x60px

Photobucket

Mei 04, 2010

Dialog Antara Agama dan Muktamar ABIM Daerah Johor

1 Mei 2010, Sabtu-  ABIM daerah Johor Bahru dengan kerjasama ABIM negeri telah berjaya menganjurkan sebuah Dialog Antara Agama, Islam dan Buddha: Menurut Perspektif Pemimpin Belia bersempena Muktamar Sanawi ABIM Daerah Johor Bahru yang dihadiri hampir 60 ahli ABIM dan orang awam. Program 2 dalam 1 ini berlangsung di Dewan  Besar Sekolah SRI Johor Bahru.

Dialog tersebut telah berlangsung pada jam 9:30 pagi hingga 11:15 pagi. Dua orang ahli  panel yang hadir ialah Ustaz Hj Ab Razak Aripin selaku Timbalan Yang Dipertua, Angkatan Belia Islam Malaysia, Johor  (Islam) dan Saudara Lau Kai Chong selaku Pengerusi, Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Johor (Buddhism). Dialog telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Muhammed Fauzi Othman selaku AJK Wadah Negeri Johor. 

Dengan keunikan Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum, dialog antara agama ini merupakan medium untuk kita memahami perspektif belia terhadap keberlangsungan hidup berbilang kaum di negara ini. Dialog ini bukanlah bermaksud untuk mempromosi pluralism dalam agama, namun ia cuba mengupas kefahaman golongan belia terhadap ajaran agama masing-masing agar keharmonian masyarakat majmuk kita terjaga. Sepertimana firman Allah, „"Ud’u Ila Rabbika Bil Hikmah Wal Mau’izatil Hasanah Wa Jadilhum Billati Hiya Ahsan..." 

Sejurus selepas dialog tersebut tamat, ABIM daerah Johor Bahru mengadakan Muktamar sebagai upacara wajib bagi membentang dan menilai gerak kerja dakwah dibawah kepimpinan bagi sesi 2009/2010. Muktamar telah dipengerusikan oleh Saudara Halimi Kolan, juga merangkap YDP ABIM daerah Johor Bahru yang berlangsung hampir satu jam.

Pelbagai agenda telah melatari perjalanan aturcara Muktamar ABIM daerah Johor Bahru bagi sesi 2009/2010. Muktamar ini telah dihadiri oleh ahli ABIM Johor Bahru dan berjalan dengan jayanya. Muktamar berakhir pada jam 1 petang.

Tahniah kepada AJK ABIM daerah Johor Bahru yang baru bagi sesi 2010/2011. 

Oleh: Saudari Faridah Mohd Tap

P/s: Kepimpinan dakwah ini adalah anugerah tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada manusia yang sahih aqidahnya, besar jiwanya, cekal hatinya, bijak inteleknya, sihat tubuh badannya, serta bagus akhlaknya. Jadi, jangan disia-siakan peluang yang berharga ini demi kepentingan peribadi dan duniawi. Wallahu’alam.