Ads 468x60px

Photobucket

Mac 15, 2010

Berita KFC: Program Jati Diri di TMI

Oleh : Rabiatul Adawiah Binti Ahmat Miskam

Pada 13 Mac 2010, kelab Fasilitator (KFC) ABIM Johor telah menjalankan Program Jati Diri SPM di SMK Tengku Mahmood Iskandar Batu Pahat, Johor. Matlamat utama ABIM Batu Pahat turun padang menjalankan program-program ke sekolah-sekolah adalah untuk menyuntik serta membugar kembali kesedaran dan pengamalan Agama Islam dalam kehidupan pelajar muslim selain ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Seramai 96 peserta terlibat yang mana mereka merupakan calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini . Program yang berunsur motivasi ini diketuai oleh Sdr. Mohd Muhsein Bin Taib, Setiausaha ABIM Batu Pahat merangkap Ketua Biro Pendidikan ABIM Batu Pahat dan dibantu oleh 20 orang fasilitator di bawah seliaan beliau. Majlis penyerahan mandat program yang dilaksanakan oleh Tn. Hj Mohmad Bin Hashim, Pengetua SMK Tengku Mahmood Iskandar kepada Ketua Kelab Fasilitator ABIM Johor menandakan bermulanya program ini. Kemudian,program diteruskan dengan sesi taklimat bersama Sdr. Mohd Salehuddin Bin Ahmat Miskam, YDP ABIM Batu Pahat. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A diketuai olah Sdr. Mohd Muhsein manakala kumpulan B diketuai oleh Sdr. Mohd Salehuddin. Pembahagian kumpulan ini dilakukan berdasarkan kemahuan para peserta dalam mengikuti program jati diri ini yang mana modul yang diketengahkan bagi kedua-dua kumpulan adalah berlainan.

Kumpulan A mengimplimentasikan modul mengenal potensi diri kerana para peserta yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pelajar yang mempunyai keinginan tinggi untuk berubah namun masih memerlukan bimbingan dan strategi yang betul. Bagi kumpulan B pula Sdr. Mohd Salehuddin mengenegahkan Modul ABC (Awareness Before Change) iaitu kesedaran sebelum berubah kerana kebanyakan mereka ini terlibat secara langsung dalam kancah sosial seperti merempit, menghisap rokok serta pergaulan bebas. Slot pada petangnya pula dikendalikan oleh Sdr. Zoolhilmi Bin Ahmed, Ketua Biro Dakwah dan Pembangunan Sosial ABIM Johor. Beliau menjalinkan modul ESQ (Emotion Spiritual Quotient) dengan modul Hadiah dan Cinta yang mana beliau berjaya menarik emosi para peserta serta ibu bapa yang hadir untuk bermuhasabah diri dengan perkara yang pernah mereka lakukan lalu.

Semoga dengan usaha yang sedikit ini mampu memberikan anjakan paradigma yang positif kepada para pelajar dalam mencapai keseimbangan rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial dalam kehidupan mereka.

Tahniah kepada jawatankuasa penggerak program.Salam perjuangan ukhwah fillah.