Ads 468x60px

Photobucket

Januari 17, 2010

Multazim ABIM Negeri Johor

Pada tanggal 9 Januari 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Johor Bahru, ABIM Negeri Johor telah mengadakan Multazim peringkat negeri dengan kehadiran seluruh staf ABIM Negeri Johor dan pimpinan ABIM Negeri Johor dan pimpinan ABIM daerah-daerah. Multazim ini, menjadi medan untuk Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor menyampaikan mesej dan agenda ABIM Negeri Johor kepada semua ahli dan pimpinan untuk tahun 2010.

Program dimulakan dengan sesi bersama Setiausaha ABIM Negeri Johor. Beliau telah membentangkan segala perancangan Sekretariat ABIM Negeri Johor untuk tahun 2010. Dalam sesi beliau, beliau telah mengungkapkan beberapa perkara penting yang harus seluruh ahli ABIM Negeri Johor penuhi untuk mengangkasakan kembali dakwah ABIM di tengah gelanggang umat. Beliau menyentuh tentang visi & misi, budaya serta bahasa organisasi yang harus disemat dalam jiwa setiap penggerak ABIM sama ada di peringkat pimpinan negeri, daerah mahupun staf agensi serta seluruh ahli agar ABIM itu dahulu dicintai oleh seluruh penggeraknya. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan tiada masalah untuk ABIM memainkan peranannya kembali di tengah-tengah gelanggang umat.

Sesi yang dinantikan, iaitu sesi bersama YDP ABIM Negeri Johor, Dr. Hj. Shahrum Shah Bin Abdullah. Dalam bicara beliau, beliau menyentuh berkenaan Organization Qoution (OQ) yang mana elemen ini telah diimplementasi di organisasi-organisasi besar dunia. Menyambung idea Sdr. Salehuddin dalam sesi sebelumnya, beliau menekankan perlunya elemen ini dikupas dalam Sistem CPD Hours yang akan dilaksanakan dalam agensi ABIM Negeri Johor kelak.

Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi dan diteruskan dengan Mesyuarat Selari ABIM Negeri Johor melibatkan pimpinan ABIM Daerah.

Oleh :
Abu Muhammad (II)