Oleh : ABU MUHAMMAD (II)
Pada 20-22 Disember 2009, Sekolah Rendah Islam Johor Bahru (SRIJB) telah mengadakan Kursus “Team Building” di Kem Kaizen, Pekan Nanas, Pontian, Johor sebagai persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan 2010. Seramai 22 orang guru dan 2 orang staf sokongan SRIJB telah bersama mengikuti kursus yang dianjurkan.
Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pendaftar SRIJB dengan kerjasama Sekretariat ABIM Johor. Sepanjang tiga hari dua malam kursus berlangsung, pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dilalui oleh para peserta untuk memantapkan jatiditi dan kerjasama berpasukan.
Di akhir kursus tersebut, para peserta telah diberikan taklimat berkenaan System Continuing Professional Development (CPD) Hours yang akan diimplementasi dalam system penjawatan ABIM Johor bermula 2010 oleh Setiausaha ABIM Johor. Semoga kejayaan perlaksanaan kursus ini mampu memberikan impak positif kepada pembangunan pendidikan di SRIJB.