Tujuh perkara asas bentuk keharmonian, kerukunan masyarakat majmuk Malaysia :
Di dalam penelusuran terhadap beberapa isu yang berkembang di sekitar masyarakat Melayu di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya mengesan kewujudan satu fenomena psikologi yang dialami masyarakat yang boleh kita namakannya sebagai 'minda terancam'. Psikologi ini adalah suatu perasaan yang terbentuk di dalam ruang berfikir masyarakat, mengandungi rasa bimbang dan takut terhadap keadaan masyarakatnya dan nasib jati dirinya pada masa depan. Dalam kata lain, psikologi minda masyarakat Melayu hari ini seperti berada di dalam satu perasaan yang mengatakan masa depan kehidupan mereka di negara ini dalam keadaan terancam.
Adakah psikologi minda ini benar-benar wujud? Sekiranya ia benar wujud, saya berpandangan, kemunculannya didorong oleh dua faktor. Pertama, disebabkan oleh rentetan asakan terhadap minda masyarakat yang terjadi dengan agak berpanjangan. Di dalam kebanyakan asakan ini mengandungi unsur nilai yang dilihat bertentangan dengan pegangan dan amalan kebiasaan yang dilalui sejak berzaman. Asakan ini pula terjadi di dalam banyak aspek kehidupan mereka meliputi hal-ehwal sosial, politik, kebudayaan serta agama dan ia berlaku secara berpanjangan. Faktor kedua ialah akibat kekecewaan dan hilang keyakinan sebahagian masyarakat Melayu terhadap lembaga berwewenang atau institusi pentadbir di dalam menjadi benteng mempertahankan hak dan nilai hidup mereka, selaku kumpulan masyarakat terbanyak di dalam berdepan dengan asakan minda yang dinyatakan itu.
Inilah antara dua faktor besar yang berkemungkinan menyumbang kepada kemunculan apa yang kita namakan sebagai fenomena psikologi 'minda terancam' di dalam masyarakat Melayu-Islam hari ini. Rentetan asakan minda terhadap nilai hidup masyarakat Melayu-Islam, boleh kita telusuri di dalam banyak usaha dan peristiwa. Di dalam aspek budaya sebagai contoh, pengenalan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris adalah antara asakan paling menonjol terhadap minda masyarakat. Akibatnya, timbul satu kebimbangan yang amat meluas terhadap nasib dan masa depan bahasa Melayu di negara ini dan nasib serta masa depan pelajar luar bandar yang masih belum bersedia menerima perubahan drastik ini.
Asakan lain di dalam aspek ini ialah dalam bentuk perkembangan kebudayaan asing berupa cara hidup negatif yang di luar kawalan. Masyarakat mula berasa bimbang akan kesan proses pembaratan terhadap rupa jati diri kebudayaan generasi anak-anak mereka pada masa depan. Dalam aspek politik pula, masyarakat Melayu mula berasa gundah dengan beberapa permintaan sesetengah kumpulan yang mewakili kaum tertentu bagi mendapatkan hak mereka yang dilihat melanggari batas yang terkandung di dalam perjanjian, dikenali sebagai kontrak sosial. Gesaan kepada amalan meritokrasi dan penghapusan kuota khas adalah antara unsur asakan minda yang menyebabkan masyarakat berasa gundah dengan ketahanan elemen politik bagi mempertahankan nasib dan masa depan mereka. Dalam aspek agama pula, masyarakat Melayu berasa tercabar dengan beberapa anjuran dan permintaan sesetengah pihak bagi melakukan usaha liberalisasi di bidang ini.
Antara contohnya ialah satu gesaan suatu ketika dulu agar diwujudkan satu bentuk suruhanjaya bagi menjalankan urus tadbir hal ehwal agama di negara ini. Gesaan ini dilihat oleh masyarakat sebagai usaha menyamaratakan kedudukan agama. Sekiranya gesaan ini dilaksanakan, mereka bimbang kedudukan Islam sebagai agama rasmi akan terancam pada masa depan. Hal-hal lain di dalam aspek ini ialah seperti kes Lina Joy yang dilihat oleh masyarakat sebagai satu usaha bagi mempermudahkan urusan pertukaran agama di negara ini. Keadaan ini sekiranya terjadi, amat membimbangkan masyarakat terhadap nasib dan masa depan anak-anak mereka yang kini mudah terdedah dengan segala kemungkinan dan dakyah.
Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, masyarakat Melayu menjadi bertambah bimbang apabila ada sesetengah kumpulan yang mula memperkecilkan perundangan Islam dan sistem Mahkamah Syariah. Malah wujud permintaan agar peruntukan undang-undang jenayah Islam dihapuskan sama sekali. Hal ini menambahkan lagi rasa keterancaman masyarakat terhadap nasib dan masa depan perundangan berasaskan syariah yang seharusnya ditambah baik dan dimartabatkan dari segi tafsiran dan pelaksanaannya. Menerusi perspektif ini, isu kalimah Allah yang kini sedang hangat diperdebatkan, barangkali dilihat juga oleh masyarakat Melayu-Islam sebagai antara rentetan asakan minda terbaru di dalam aspek agama.
Inilah antara rentetan peristiwa yang meningkatkan rasa keterancaman minda yang kini bertambah meluas di kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Kita ingin menganjurkan kepada semua anggota masyarakat di negara ini supaya mengambil berat akan kewujudan dan perkembangan fenomena kerancaman minda yang sedang dilalui masyarakat Melayu-Islam sekarang. Fenomena psikologi ini perlu ditangani bersama oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kita semua tidak boleh mengambil mudah terhadap perkembangan psikologi ini kerana sekiranya ia tidak ditangani secara berhemah, ia boleh mendorong kepada reaksi dalam bentuk tindakan yang tidak terkawal. Di dalam situasi ini, semua anggota masyarakat akan menanggung akibatnya.
Bagi tujuan menangani fenomena ini, kita ingin menganjurkan beberapa perkara berikut:
Inilah tujuh anjuran berupa disiplin etika yang boleh menjamin kerukunan dan keharmonian hidup kita selaku masyarakat berbilang kaum dan agama. Etika ini juga boleh menjadi langkah budaya bagi menangani perkembangan psikologi minda terancam yang dialami masyarakat Melayu hari ini, sekiranya ia benar-benar wujud.
Oleh Muhamad Razak Idris
muhdrazak@abim.org.my

- Pertama, kita hendaklah banyak mendalami dan mengambil peduli keadaan sensitiviti budaya, politik dan agama masyarakat apabila berhasrat untuk melakukan sebarang anjuran dan gesaan ke arah pembaharuan dan pembaikan di dalam satu-satu perkara;
- Kedua, kita hendaklah menggunakan saluran pentadbiran yang betul dan berhemah apabila ingin mencadangkan sesuatu anjuran dan gesaan yang mengandungi unsur sensitif. Kita hendaklah mengelakkan daripada memulakan syor menerusi saluran media awam kerana ia boleh terdedah kepada salah sangka dan prejudis yang tidak menentu;
- Ketiga, kita hendaklah menjadikan prinsip perlembagaan dan rukun undang-undang sebagai kerangka berpandangan apabila berhasrat untuk melakukan sebarang bentuk anjuran dan gesaan perubahan dan pembaharuan.
- Keempat, kita hendaklah mengutamakan saluran dialog atau musyawarah terlebih dulu dengan pihak yang berkepentingan apabila bercadang untuk menganjurkan sesuatu perubahan pada perkara yang sensitif. Kita harus menjadikan mahkamah sebagai saluran dan gelanggang terakhir bagi tujuan itu;
- Kelima, pihak yang berwewenang hendaklah benar-benar beramanah memastikan benteng kerukunan hidup bernegara sentiasa terjaga dengan memastikan prinsip undang-undang dan rukun kenegaraan ditegak secara adil dan saksama;
- Keenam, semua pihak hendaklah membudayakan pemikiran positif di dalam mendepani sebarang bentuk anjuran dan gesaan daripada mana-mana kumpulan masyarakat. Pemikiran positif akan membolehkan kita menilai sesuatu perkara secara ilmiah, adil dan amanah. Sebarang bentuk tindak balas yang boleh membawa diri dan masyarakat kita dipandang sebagai golongan yang tidak beradab hendaklah dijauhi dan
- Ketujuh, seluruh anggota masyarakat hendaklah meningkatkan kualiti ilmu pengetahuan. Ilmu yang menyeluruh dan berkualiti boleh meningkatkan keyakinan kebudayaan di dalam diri kita. Keyakinan kebudayaan boleh membantu kita berdepan dengan sebarang unsur yang dilihat sebagai ancaman menjadi satu cabaran ke arah pembaikan serta pembangunan diri dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.