Ads 468x60px

Photobucket

Mac 01, 2010

HELWA: Diperkasa & Mengerat Ukhuwah

Pada 27 hingga 28 Februari 2010, HELWA ABIM Johor dengan kerjasama HELWA Daerah Muar telah mengadakan program Memperkasakan HELWA, Mengerat Ukhuwah. Program ini merupakan program dwi-tahunan yang dijalankan oleh HELWA Johor. Program pada kali ini bertempat di Mann Homestay, No. 47, Jalan Mawar 3, Taman Bunga Mawar, Jalan Abd. Rahman, Muar, Johor. Kehadiran para peserta program adalah seramai 30 orang melibatkan ketua-ketua Helwa Daerah, Hewi KPIJ dan guru-guru Taski. Walau bagaimanapun terdapat 3 daerah yang tidak dapat menghantar wakil iaitu daerah Kota Tinggi, Pontian dan Mersing.


Pengisian program bermula dengan ucapan alu-aluan Ketua Helwa Negeri, Pn. Nur Fauzana Abd. Rahman diikuti dengan sesi Taaruf ringkas. pada sebelah petang slot riadah diisi dengan beriadah di Tanjung Emas. pada sebelah malam slot kupasan buku barkaitan kewanitaan dikendalikan oleh exco Pendidikan ABIM Johor, Pn. Irny suzila Ishak.

Aktiviti keesokan harinya dimulai dengan Qiamullail, solat subuh dan tazkirah berantai. Slot program kali ini diakhiri dengan perbincangan dalam kumpulan yang dibahagikan mengikut daerah yang manghailkan satu resolusi penubuhan Majlis Pembangunan Helwa ABIM Johor (MPHAJ). Majlis ini digagaskan sebagai platform melatih calon-calon kepimpinan Helwa di daerah-daerah dan negeri agar dapat diangkat menjadi Ketua Helwa yang mampu berfungsi dengan baik. Perbincangan lanjut tentang fungsi majlis dan cara pelaksanaanya yang lebih terperinci akan diteruskan pada program-program susulan yang akan datang. Program pada kali ini berakhir pada pukul 2.30 petang.