Mujaddid ( مجدد )menurut etimologi ialah satu istilah yang berasal daripada bahasa Arab yang
bermaksud orang yang membawa pembaharuan atau reformis. Mujaddid berperanan
memperbaiki kerosakan yang wujud dalam urusan agama Islam yang dicemari sendiri
oleh umat Islam. Namun begitu, mujaddid ini bukanlah pembawa agama baru,
sebaliknya memperkenalkan kaedah-kaedah baru dan memperbaiki kaedah yang
ternyata menyimpang daripada landasan al-Qur’an dan al-Hadith.
Kemunculan mujaddid selalunya dikesan pada
setiap permulaan kurun dalam kalendar Hijrah. Susuk tubuh seorang mujaddid ini
boleh dikenali melalui ketokohannya dalam bidang keilmuan dan keagamaan dan
selalunya mempunyai pengaruh yang besar di tengah-tengah masyarakat dalam
memperjuangkan agama Islam di zamannya. Rasulullah SAW pernah bersabda menerusi
sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ
الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
"Sesungguhnya Allah akan menurunkan (orang) setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada Umat yang akan (Tajdid) mengembalikan kegemilangan Agama mereka"
"Sesungguhnya Allah akan menurunkan (orang) setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada Umat yang akan (Tajdid) mengembalikan kegemilangan Agama mereka"
[Hadits
diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim di dalam Mustadrak dan al-Baihaqi di dalam
al-Ma'rifah].
Rencana bersiri ini akan mengetengahkan seorang tokoh mujaddid yang luar biasa kehebatannya dan peranan yang beliau sumbangkan dalam perjuangan menegakkan kalimah Lā-ilāha-iLLaLLāh di zamannya secara ringkas. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Bediuzzaman Said Nursi.
Beliau merupakan seorang tokoh ulama’ terkenal di Turki. Beliau dilahirkan pada tahun 1293 Hijrah bersamaan 1877 Masihi di kampung Nurs, sebuah perkampungan dalam daerah Khizan, di wilayah Bitlis, Turki. Bapanya bernama Mirza berbangsa Kurdis mempunyai susur-galur keturunan Ahlul Bait dan bekerja sebagai penggembala lembu. Seorang yang warak dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu agama serta banyak beramal ibadat. Beliau sangat menitik-beratkan soal halal dan haram dalam pemakanan. Sebagai contoh, sewaktu membawa lembu-lembu peliharaannya ke padang ragut, beliau akan mengikat mulut lembu sehinggalah tiba di padang ragut dengan alasan beliau tidak mahu lembu-lembu gembalaannya memakan tanaman milik orang lain. Sementara ibunya pula bernama Nuriyah seorang wanita yang solehah bekerja sebagai suri-rumah tangga sepenuh masa. Diriwayatkan sewaktu mengandungkan anak-anaknya beliau sering membaca al-Qur’an dan berzikir manakala ketika menyusukan anaknya pula beliau akan memastikan dirinya sentiasa dalam keadaan berwudhuk.
Sejak kecil beliau memiliki kepintaran dan keberanian yang luar biasa. Beliau meguasai ilmu agama dan moden dalam masa yang singkat. Berbanding dengan pelajar-pelajar lain yang perlu menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menamatkan sesuatu bidang ilmu. Beliau juga berkebolehan untuk membahaskan dan mendebatkan sesuatu ilmu dengan baik dalam setiap kali majlis ilmu yang dihadirinya. Hal ini sangat menghairankan guru-guru beliau dan rakan-rakan sepengajiannya. Beliau juga terkenal dengan sikap tidak mahu menerima sebarang pemberian dan sering menolak sebarang tawaran dan pemberian yang diberikan orang kepadanya. Oleh kerana kebijaksanannya yang luar biasa itu beliau digelar Bediuzzaman yang bermaksud "Kegemilangan Zaman" satu gelaran bagi mengiktiraf kehebatan ilmu yang dimiliki oleh seseorang ilmuwan nan agamawan.
(bersambung.....)
Disediakan oleh : Hasliza binti Mohamad Ali (Exco Penyelidikan Abim Johor)