Alhamdulilillah bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya, Kem Jambori Remaja Islam Zon Selatan berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 30 November hingga 2 Disember 2012, pada hari Jumaat hingga Ahad bertempat di Pusat Pertanian Sungai Sudah Muar Johor. Dengan kehadiran seramai 150 orang termasuk ahli KPIJ, PPINS, PEPIM dan jemputan wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Johor serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
ABIM Johor yang diwakili oleh Sdr. Salehuddin, Sdr. Azamuddin dan Sdr. Mukhsin berserta Pn. Erny berpeluang bersama-sama kami semasa hari Ahad pagi dan sempat berkongsi pengalaman serta isu-isu terkini. Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja muslim yang bersifat survival dan berani untuk berhadapan dengan cabaran, disamping itu dapat menerapkan nilai-nilai sifat kesukarelaan terhadap masyarakat setempat, melahirkan remaja muslim yang bersakhsiah tinggi dan berakhlak mulia, seterusnya merapatkan lagi ukhuwwah sesama peserta serta pihak yang terlibat.
Program telah bermula pada jam
4.30 petang (jumaat) dan dimulakan dengan taaruf dan taklimat program. Antara
aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Tancap Niat, Suai Kenal,Pecah
Pendungan, Kuliah, Teori Dan Praktikal Sembelihan, Explorace, Night Walk , War
Game, Pengenalan KPIJ, PPINS dan PEPIM. Program berakhir pada jam 2.30 petang
(Ahad)
Alhamdulillah, secara
keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan telah
dapat mencapai objektif yang diinginkan. Semoga para peserta mendapat ilmu yang
bermanfaat sepanjang mengikuti program ini, seterusnya dapat mengamalkan dan
berkongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.
Disediakan oleh: Rosmiyati bt Hj. Billak (Exco KPIJ)