Ads 468x60px

Photobucket

Januari 31, 2010

Usrah Online SP

Usrah Cyber Skuad Prihatin buat julung kalinya yang telah diadakan pada 28 Januari 2010 melalui aplikasi Yahoo Messanger. Tepat jam 9.00 malam, semua ahli usrah seramai 6 orang berada dalam talian. Ketua Operasi Skuad Prihatin, Saudara Azamuddin sebagai naqib. Intipati usrah pada malam itu adalah Surah Al-An’am, ayat 165 yang bermaksud:
"Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi. Meninggikan sesetengah daripada kamu diatas setengah yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan kepada kamu"

Dari ayat tersebut ketahuilah kita bahawa Allah s.w.t telah melantik kita iaitu manusia sebagai khalifah yang membawa erti sebagai pemimpin, mengangkat darjat manusia lebih beberapa darjat daripada yang lain. Dan ada juga diantara khalifah yang telah Allah lantik ini dilantik menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi, untuk memimpin manusia yang lain.


Seperti yang kita ketahui, salah satu ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin adalah ciri kepimpinan. Secara umumnya kepimpinan bererti penzahiran hubungan perilaku manusia, pengaruh dan daya tindakan oleh satu kelompok ke arah mencapai matlamat tertentu dengan keyakinan dan kepatuhan. Manakala konsep kepimpinan yang wujud dalam Islam adalah bersifat bersepadu iaitu menekankan kesimbangan antara kepentingan roh dan jasad yang membawa maksud perkembangan spritual dan pembangunan material adalah seiring.


Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah berkata: "Jika mahu dilihat masa depan negara, lihatlah generasi mudanya hari ini". Dari kata-kata ini jelaslah menunjukkan bahawa peranan generasi muda sangat penting bagi sesebuah negara serta agama. Merekalah yang bakal memimpin agama dan negara. Keadaan generasi muda kini sangat membimbangkan. Mereka mengamalkan 'budaya segera', dimana segala yang dilakukan hanya mahu mudah. Pudar pegangan agama,rendah pemahaman,leka dan lalai kerana sudah terlalu senang. Bagaimana pula keadaan generasi akan datang bilamana golongan muda ini menjadi pemimpin kelak? Dimana keseiringan perkembangan spiritual dan pembangunan material sebagai seorang yang bakal menjadi pemimpin.