Oleh : Abu Muhammad (II)
Pada tanggal 30 Januari 2010 jam 9.00 pagi sehingga 01.00 tengahari bertempat di Dewan Mesyuarat ABIM Negeri Johor telah diadakan Bengkel IT untuk ahli-ahli ABIM terutamanya wakil-wakil agensi ABIM Negeri Johor. Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh 17 Orang peserta dan 3 orang tenaga pengajar seluruh negeri Johor.
Program yang dikendalikan oleh Sdr. Zoolhilmi Ahmed, Ketua Biro Dakwah Dan Pembangunan Sosial ABIM Johor dengan dibantu oleh Sdri. Raja Nurul Ain dan Sdri. Nur Syahira berakhir sekitar jam 01.00 tengahari. Peserta yang hadir selepas ini akan membentuk Model Grup Pembangunan IT ABIM Johor dibawah pimpinan Sdr. Zoolhilmi dijangka selepas ini akan mengadakan pertemuan bulanan untuk memantau dan menyelia gerak kerja semua wakil agensi bagi memastikan gagasan perlaksanaan dan penggunaan sistem IT untuk urusan dalaman ABIM Johor akan terlaksana.
Tahniah kepada semua. Salam perjuangan ukhwah fillah.