Ads 468x60px

Photobucket

November 11, 2009

Majlis Konvokesyen Taski ABIM

Pada 08 November 2009 bertempat di Kompleks MAWAR Johor Bahru telah diadakan Majlis Konvokesyen Taski ABIM (Al-Ummah) Johor Bahru. Program yang menjadi tradisi tahunan ini dibahagikan kepada dua sesi mengikut zon iaitu pada sebelah pagi dan petang memandangkan kapasiti pelajar Taski melebihi 850 orang. Pada sebelah pagi, majlis telah dirasmikan oleh Yang BerBahagia Tuan Haji Abdul Salam Bin Ali, Mantan Yang Di-Pertua ABIM Johor Bahru. Program bermula seawal 8.30 pagi ini turut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli Lembaga BAKA Taski untuk bersama-sama memeriahkan majlis dan menyampaikan sijil tamat belajar kepada pelajar-pelajar.Pada sebelah petangnya pula, majlis telah dirasmikan oleh Yang BerBahagia Dr. Haji Shahrum Shah Bin Abdullah, Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor. Turut bersama memeriahkan majlis Yang Berbahagia Sdr. Mohamad Halimi Kolan, Yang Di-Pertua ABIM Johor Bahru serta Pn. Fauzana Abd Rahman, Ketua HELWA ABIM Negeri Johor. Dalam ucapan perasmian sebelah petang, Dr. Haji Shahrum Shah telah menyentuh banyak perkara berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.




Selain itu juga, beliau menyentuh berkenaan perjuangan ABIM untuk memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia melalui rangkaian institusi pendidikan ABIM TASKA-TASKI-SRI-SMI-KDH serta agenda Gelombang Kedua Dakwah yang menggariskan ABIM sebagai sebuah gerakan Ilmu dan Bakti.