Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan kita peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kita tentunya berharap supaya bulan Ramadhan ini akan menjadi bulan yang dapat kita manfaatkan dengan amal ibadah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.
Sememangnya ketakwaan kepada Allah adalah faktor sebenar yang akan menentukan tinggi rendahnya darjat kita di akhirat nanti. Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil kesempatan pada Ramadhan pada kali ini untuk memperbaiki amalan kita dengan menambah amalan-amalan baik kita disamping mengurangkan atau membuang terus amalan buruk yang masih kita lakukan. Sesungguhnya bulan inilah bulan yang paling baik untuk kita semua melakukan perubahan positif sama ada dalam diri dan keluarga kita ataupun di dalam masyarakat dan pertubuhan kita.

Sama-samalah kita menghayati pesanan Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
"Barangsiapa yang berpuasa dan beribadah malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh berharap pahala dari Allah, maka ia akan keluar dari dosa -dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan dari perut ibunya."
Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan orang yang disebutkan dalam hadis ini di mana sememangnya tiada yang lebih menggembirakan kita apabila bertemu dengan Allah s.w.t. nanti apabila mengetahui bahawa dosa-dosa kita telah diampunkan Allah.
Selamat Berpuasa dan Beribadah dalam bulan Ramadhan.
"Ramadhan Kareem"
YDP
ABIM Negeri Johor