Belajarlah dari sejarah kerana sejarah telah banyak menjadi saksi kepada pelbagai kisah yang harus diteladani. Allah SWT sendiri telah menceritakan pelbagai kisah melalui Al-Quran buat panduan hamba-hambaNya, namun ramai yang tidak mahu ambil berat akan teladan tersebut malah ada yang seperti tidak ambil kisah atau mungkin juga tidak tahu pun perkara tersebut.
Lihatlah, betapa jauhnya masyarakat Islam kita dari Al-Quran kini. Sedangkan dunia Barat sering menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dalam penyelidikannya, tapi umat Islam sendiri mungkin ada yang tidak tahu membaca apatah lagi memahami isi kandungan Mu'jizat Istimewa tersebut.

Kembali kepada perkongsian tafsiran ayat 33 hingga 36 dalam surah Fushshilat ini, ia sebenarnya sesuai ditujukan khusus kepada para da'ei atau pendakwah atau bagi sesiapa juga yang ingin melaksanakan amal makruf nahi mungkar iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Di dalam ayat-ayat ini, dijelaskan atau diberikan panduan bahawa dalam mengajak kepada perkara-perkara kebaikan, seseorang itu perlu terlebih dahulu melakukan perkara yang ingin diseru atau diajak kepada orang lain tersebut. Ini adalah sebahagian daripada kaedah dakwah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Ia juga merupakan antara tips untuk sesebuah usaha dakwah itu berjaya.
Dikisahkan bahawa bagaimana contoh tersebut dapat dilihat pada diri Rasulullah apabila pada suatu ketika baginda didatangi oleh seorang lelaki yang ingin meminta pertolongan baginda supaya anaknya tidak memakan gula kerana anak lelaki tersebut gemar memakan gula. Dalam keadaan tersebut Rasulullah telah menyuruh lelaki tersebut agar datang semula 3 hari kemudian tanpa memberikan apa-apa nasihat. Setelah 3 hari lelaki tersebut kembali mendatangi baginda dan kemudian barulah baginda memberikan nasihat dan pesanan untuk disampaikan kepada anak lelaki tersebut. Selepas beberapa ketika lelaki tersebut kembali untuk mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana anaknya sudah tidak lagi gemar memakan gula. Apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa baginda mengambil masa 3 hari sebelum boleh memberikan nasihat kepada anaknya, baginda menjawab dalam 3 hari tersebut baginda perlu tidak memakan gula terlebih dahulu dan selepas dari itu baru baginda boleh memberikan nasihat kerana dia telah melakukan terlebih dahulu perkara yang ingin diserukan kepada anak lelaki tersebut.
Demikianlah sedikit contoh yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam berdakwah secara berhikmah dan bijaksana. Dari sini bolehlah kita fahami, antara rahsia kejayaan dakwah itu ialah ia perlu bermula dari dalaman diri pendakwah atau da'ei itu sendiri. Perubahan atau self-change perlu berlaku pada diri kita sebelum kita ingin perubahan tersebut berlaku pada orang yang didakwahkan. Dan banyak lagi kaedah-kaedah dakwah berkesan yang boleh diaplikasikan asalkan ianya digunakan dengan bijaksana mengikut mad'u atau kumpulan sasaran. Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan mesti sampai kepada sasaran di samping kita perlu berusaha sebaik mungkin dalam usaha dakwah tersebut, bukannya "asal boleh". Kemudian keputusan akhir sama ada berjaya atau tidak usaha dakwah tersebut kita serahkan kepada Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu di dunia ini.
Ayat 35 pula turut menjelaskan kepentingan sikap sabar dalam diri seseorang yang ingin menyeru kepada kebaikan. Allah SWT dengan terang menyatakan bahawa untuk melaksanakan usaha kebaikan ini hanya terdapat pada orang-orang yang sabar sahaja. Sabar itu pula bergantung kepada tahap ujian yang dihadapi oleh seseorang itu. Kenapa Allah meletakkan sabar sebagai antara pra syarat utama bagi pendakwah? Apa sebenarnya yang terselindung disebalik sifat sabar itu? Ketahuilah, sesungguhnya sifat sabar dalam memperjuangkan agama Allah iaitu menyeru kepada amar makruf nahi mungkar itu tidak lain hanyalah untuk mendapat keuntungan yang besar di hari akhirat kelak yang tak terjangkau keuntungan di dunia ini.
Selain itu, kita juga perlu sedar bahawa fungsi syaitan itu ialah supaya manusia ini tidak bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana? Ya, dengan meninggalkan apa yang disuruh dan melakukan apa yang dilarang. Jadi kaedah dan penyelesaian atau jawapan terbaik kepada permasalahan syaitan tersebut ialah dengan sifat sabar.
Satu lagi tips berdakwah yang boleh dipelajari daripada Rasulullah SAW ialah banyakkan berkawan dalam berdakwah, dan bukanlah melalui kebencian. Lihatlah sendiri kisah antara Rasulullah dan Abu Sufyan. Bagaimana layanan baik dan penghargaan Rasulullah kepada Abu Sufyan yang pada masa tersebut masih lagi kafir dan menentang baginda (kisah semasa memasuki dan menawan Kota Mekah). Dan banyak lagi sebenarnya tips-tips dan kaedah-kaedah berkesan dalam berdakwah atau dalam memimpin yang boleh dipelajari dari Al-Quran dan Rasulullah SAW sendiri.
Kesimpulannya di sini, orang yang terbaik ialah orang yang menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dengan mengamalkan terlebih dahulu pada diri sendiri, lalu memerlukan kesabaran dan menyedari serta menginsafi syaitan itu sebagai musuh utama. Justeru, marilah kita sama-sama menguatkan jati diri dalaman kita agar terus mampu bersabar terutamanya dalam melakukan dan menyeru perkara-perkara kebaikan kepada umat dan masyarakat. Yakin dan percayalah bahawa beruntunglah kita orang-orang yang bersabar kepada kebaikan ini.