-
Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT kerana dengan keizinanNya serta berkat usaha untuk memanjangkan manfaat dakwah ini ke serata alam, ABIM Johor telah mengambil satu lagi langkah pro aktif dengan menjalinkan hubungan smart-da'wah dengan masjid-masjid di Singapura. Berbeza dengan situasi di Malaysia, di negara jiran kita ini masjid-masjid merupakan badan induk kepada rakyat Islam di sana.
Mereka cukup aktif dan memainkan peranan penting dalam usaha dakwah Islam di sana. Bahkan terdapat beberapa masjid yang digelar "Masjid Satelit" yang lebih terkehadapan berbanding NGO-NGO Islam di Malaysia. Itulah serba sedikit gambaran yang boleh diberikan setakat ini.
Mereka cukup aktif dan memainkan peranan penting dalam usaha dakwah Islam di sana. Bahkan terdapat beberapa masjid yang digelar "Masjid Satelit" yang lebih terkehadapan berbanding NGO-NGO Islam di Malaysia. Itulah serba sedikit gambaran yang boleh diberikan setakat ini.
Menyedari keadaan tersebut, ABIM Johor dengan rasa rendah diri tampil menawarkan usaha smartpartnership untuk terus menggembling usaha dakwah Islamiah. Rentetan dari pertemuan awal yang diusahakan oleh Ust Hj Ab Razak (TYDP ABIM Johor) pada bulan Januari lalu bersama salah sebuah masjid yang paling aktif di Singapura, Masjid Al-Huda, sebuah pertemuan rasmi telah diaturkan pada bulan Februari lepas bersama salah sebuah Masjid Satelit iaitu Masjid Al-Iman, terima kasih kepada Tuan Hj Azman Kassim, Pengerusi LPM Masjid Al-Huda.
Dalam pertemuan, perkenalan, perbincangan dan lawatan tersebut, banyak idea-idea dan penemuan baru telah terhasil dari aspek usaha-usaha menebarkan sayap dakwah Islam yang melibatkan dua negara, atau lebih tepat antara 1 negara dan 1 negeri. Beberapa program juga turut dibincangkan yang lebih tertumpu kepada pembangunan belia remaja. Malah, beberapa program silang negara/budaya turut direncana.
Rombongan dari ABIM Johor telah diketuai sendiri oleh YDP ABIM Johor, Dr. Hj Shahrum Shah beserta beberapa Exco ABIM Johor dan dua orang wakil dari Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ).
Susulan dari pertemuan tersebut juga, ABIM Johor telah menghantar 5 orang wakil untuk turut serta dalam sebuah program pembangunan belia remaja yang dianjurkan oleh 5 buah masjid di sana pada bulan Mac lalu. Penyertaan tersebut merupakan antara usaha awal dalam rangka program silang negara/budaya yang dibincangkan sebelum itu. Dan InsyaAllah pada bulan Jun nanti akan berlangsungnya program yang melibatkan penyertaan dari Singapura yang akan dijalankan di Pontian, Johor. Selain itu, program smartpartnership yang melibatkan penyertaan dari Johor dan Singapura juga dalam proses perancangan untuk dilaksanakan pada cuti bulan Disember nanti. Justeru sama-samalah kita mendoakan agar usaha murni dan baik ini dapat dijalankan seperti yang direncanakan agar manfaat dakwah Islam itu berpanjangan.
Ameen...