Di dalam ayat 30 hingga 32 surah Al-Fushshilat ini, Allah SWT ingin menekankan tentang peri pentingnya Istiqamah. Apa itu Istiqamah?
Istiqamah atau Istiqaamu bermaksud teguh pendirian. Sesungguhnya kita semua perlu insafi bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan di Alam Dunia ini ialah ujian. Justeru, di dalam mendepani ujian-ujian di kehidupan dunia ini kita (manusia) mesti meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT dengan tepat dan Istiqamah.
Kenapa tepat? Sebab pergantungan yang tepat kepada Allah SWT adalah melalui usaha dan ikhtiar yang betul dan keputusan akhirnya diletakkan kepada Allah SWT. Di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa manusia boleh merancang, dan Allah jua merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Allah SWT kerana Dia lebih tahu segala-galanya yang terbaik untuk hambaNya kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Lantas, kenapa Istiqamah? Ya... pergantungan kepada Allah itu perlu kepada Istiqamah atau pendirian yang teguh. Ini yang dikatakan dengan iman. Sejauh mana keimanan seseorang itu akan diuji melalui ujian-ujian kehidupan yang dilalui.
Ujian itu apa? Seseorang yang mengambil ujian peperiksaan akan berhadapan dengan dua kemungkinan sahaja sama ada berjaya atau pun gagal. Justeru, ujian kehidupan itu membawa kepada dua keadaan. Pertama, seseorang itu akan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah. Inilah tujuan ujian Allah supaya kita berpeluang untuk berada dekat denganNya. Kedua, seseorang itu akan makin menjauhkan dirinya daripada Allah. Jika hasilnya adalah yang kedua, maka sesungguhnya rugilah kita.
Oleh yang demikian, jika kita lihat perkara ini dari konteks dakwah dan gerakan, sesuatu yang sangat harus kita sedari dan insafi ialah sejauh mana kita yang mengaku sebagai daei (pendakwah) atau pun yang menggalas tugas-tugas dakwah itu sendiri melihat dakwah itu sebagai sesuatu yang dinamik. Ya... kita harus melihat dakwah itu sebagai suatu yang dinamik.
Misalan mudah yang boleh diberikan adalah seperti berikut. Jika kita melihat sesuatu maksiat, pandangan seorang pendakwah mesti berbeza dengan pandangan orang kebanyakan, iaitu kita melihat ia sebagai satu peluang kita untuk dekatkan diri kepada Allah. Nah, yang demikian barulah boleh timbul kekuatan iman yang sering dikatakan dalam 3 peringkat. Paling baik cegah dengan perbuatan, kemudian kata-kata dan akhir sekali paling iman kita adalah dengan hati. Tapi kita baru lihat maksiat saja sudah bilang tidak suka, malas ambil tahu, biarlah, dan sebagainya. Lantas, bagaimana kekuatan iman yang tiga itu mungkin hadir?
Jadi di akhir ayat ini dinyatakan dengan jelas dua sifat Allah SWT iaitu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sudah banyak kisah, sudah banyak bukti yang menunjukkan sifat belas kasih, sayang dan ihsan Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Biar apa jua kejahatan, kesalahan, kemungkaran yang dilakukan, selagi mana kita (manusia) mahu bertaubat dengan benar, maka pintu keampunan dan redha Allah itu terbuka seluas-luasnya dalam kehidupan ini. Betapa besarnya sifat kasih sayang Allah kepada hambaNYa. Inilah jua yang dianjurkan dalam Islam iaitu berkasih sayang sesama manusia untuk mencapai redha Allah SWT, kerana puncak kenikmatan Syurga yang ruhaniah ialah mendapat redha Allah SWT.
Wallahu'alam.