Ads 468x60px

Photobucket

Januari 07, 2009

Palestin: Gaza Terus Dihenyak Zionis

Astaghfirullah... Umat Islam Palestin (di Gaza) terus menerus teruk dihentam dan dibantai secukupnya dalam keadaan yang cukup tidak adil dan tiada pembelaan.


Terkini, masyarakat di Gaza menyaksikan pula beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali. Menurut pakar, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.

Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan. Angkatan tentera Israel komited dalam pembunuhan beramai-ramai hari ini apabila mereka mensasarkan sekolah yang dibina UNRWA bagi menempatkan orang awam yang melarikan diri dari serangan Israel di timur Jabalya.


Pengeboman sekolah Fakhoura di timur Jabalya mengakibatkan 45 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 50 orang manakala 5 yang lain telah terbunuh dalam pengeboman dua sekolah-sekolah UNRWA yang lain sebelumnya.


Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam. Dalam cetakan isunya pada hari Isnin, Times menyatakan bahawa tentera Amerika dan British di Iraq turut menggunakan senjata tersebut menentang orang awam, tetapi ia berhujah bukan haram sekiranya digunakan sebagai satu “penutup asap”.

Akhbar menambah bahawa penggunaan bagi senjata tersebut di Gaza, satu penempatan terpadat di dunia mungkin akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat, di mana setakat ini lebih daripada 550 Rakyat Palestin telah terbunuh 2,300 orang lain tercedera.


Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, pada hari Isnin memprotes MAJLIS KESELAMATAN PBB yang lambat dalam menangani isu Gaza menandakan terdapatnya sokongan pihak antarabangsa memberi kepada lesen Zionis Israel ‘berpesta’ membunuh rakyat Gaza. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh pihak PIC, Haneyya menegur sikap beberapa negara-negara Arab yang masih merujuk isu Gaza kepada pihak UN yang di ketahui umum bahawa sememangnya di pengaruhi US yang membenarkan pembunuhan di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Somalia.

Haneyya menggariskan bahawa serangan yang dilancarkan oleh Zionis-Israel di Gaza hanya untuk melakukan lebih banyak kematian dan kemusnahan. Beliau turut mengingatkan Israel, bahawa segala impian mereka tidak akan tercapai dan akan gagal.