Ads 468x60px

Photobucket

November 09, 2008

Ceramah Perdana: Keajaiban Sains Dalam Al Quran


Oleh : BIRO PENERANGAN & PERHUBUNGAN ABIM NEGERI JOHOR

Pada 8 November 2008, ABIM Johor telah diberi kepercayaan untuk menggerakkan sebuah program kerjasama Gabungan NGO Muslim, YADIM dan agensi swasta Mudra Tropika di Hotel M Suite Johor Bahru. Program ceramah perdana Keajaiban Sains dalam Al Quran yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Arip Kasmo telah berjaya menarik minat masyarakat awam seramai hampir 600 penyertaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Nooh Gadot, Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Di dalam ucapannya, beliau menggesa ummat Islam supaya memahami dan menghayati Al Quran melalui pengkajian yang merentas pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi.

Sementara Dr Arif pula telah menegaskan bahawa Al Quran adalah sebagai mukjizat untuk meningkatkan keyakinan serta mencabar intelektual manusia untuk memikirkan tentang kehebatan Allah SWT sebagai rabbul A’lameen. Beliau juga telah menunjukkan hikmah penyusunan Al Quran secara saintifik sekaligus menyangkal dakwaan orientalis bahawa kononnya penyusunan Al Quran itu tidak konsisten.



Justeru, ummah Islam sewajarnya didedahkan dengan maklumat serta pengetahuan terkini isu-isu yang melanda ummat Islam khususnya yang berkaitan dengan isu-isu yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap pemikiran ummat Islam.

ABIM Johor mengucapkan tahniah kepada pihak Mudra Tropika di atas keprihatinannya untuk melaksanakan tanggung jawab sosial dalam usaha membantu YADIM dan barisan NGO muslim untuk memugar budaya keilmuan di kalangan masyarakat setempat. Sesungguhnya usaha seperti ini harus dicontohi oleh semua badan korporat dan swasta agar sama-sama menyumbang ke arah pembangunan modal insan kelas pertama di Johor.