Oleh : Abu Qisth
Setiap tahun, ribuan kanak-kanak, remaja serta belia akan bergraduasi dari institusi pendidikan ABIM yang merangkumi TASKI, SRI, SEMI dan Kolej Darul Hikmah. Melihat keletah anak-anak menghafaz Al Quran serta bernasyid memuliakan Allah dan RasulNya, membuatkan hati ini tersentuh dan insaf dengan perjuangan dakwah yang telah diusahakan silih berganti dari satu generasi ke satu generasi lebih 40 dekad yang lalu (bermula sejak perjuangan PKPIM).
Kesedaran bahawa Islam ialah rahmah kepada kehidupan manusia (rahmah al a’lameen) telah mendorong sekumpulan intelektual pada awal 70-an menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai wadah menyebarkan Islam sebagai cara hidup. Justeru, dalam proses pembinaan tamadun khaira ummah, asas keilmuan semestinya menjadi keutamaan.
Maka bermulalah usaha islamisasi ilmu secara merakyat. Dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, ABIM menghidupkan budaya ilmu menerusi usrah. Di dalam usrahlah magnum opus seperti Tafsir Al Azhar, Fiqh Islam, Tarbiyah Al Aulad, Ibn Katsir, Muqaddimah, Ihya’ Ulumuddin dan lain-lain karya agung tokoh-tokoh Islam terkemuka dikupas, dibincang serta dibahaskan. Begitu juga dengan epistemologi barat serta isu semasa yang merentas pelbagai disiplin ilmu, cuba dilihat serta dibahaskan dari perspektif Islam. Program pembudayaan Al-Quran yang dianjurkan dengan pendekatan tematik, telah menarik minat masyarakat untuk turut sama berpartisipasi di dalam aktiviti dakwah ABIM.
Hampir 40 tahun ABIM dipersada dakwah, semestinya gerakan ini telah berdepan dengan pelbagai aliran pemikiran yang rencam dan cabaran-cabaran sebegini telah mematangkan gerakan ABIM untuk lebih menghargai khazanah tradisi keilmuan Islam yang sebenar.
Elemen yang menjadikan gerakan ABIM lebih istimewa ialah Manhaj Maliziy yang mengambil kira keadaan setempat (Fiqh Waqi’) sebagai pendekatan dalam menyampaikan risalah Islam. Pengalaman dari seluruh gerakan Islam global, diambil dan diadaptasi dalam konteks adat dan budaya masyarakat Malaysia agar mesej Islam dapat disampaikan secara jelas dan tuntas (sesuai dengan tahap pemikiran dan penerimaan masyarakat Malaysia).
ABIM sangat dekat di hati ummah. Suatu gerakan yang dahulunya hanya bermula dengan aktiviti usrah dari rumah ke rumah, kini gagasan budaya ilmu diterjemahkan ke dalam suatu institusi besar pendidikan yang mencakupi pendidikan kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Sesungguhnya, sumbangan ABIM dalam membangunkan modal insan negara tidak boleh dinafikan.
Walau bagaimanapun, pencapaian ini bukanlah untuk dibangga- banggakan oleh setiap ahlinya, tetapi menginsafi tentang kekerdilan kita sebagai hambaNya, memuji serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah maha penerima taubat
( Al Nashr:1-3)
Sesungguhnya warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, hanyalah Al-Quran dan Sunnahnya. Justeru, cita-cita besar perjuangan ABIM untuk mengangkat martabat ummah kepada kemuliaan dan keadilan Islam seharusnya dipasakkan ke dalam jiwa dan sanubari setiap pimpinan dan ahlinya agar terbina suatu generasi, meminjam ungkapan Sayyid Qutb, Aljailul Quraniy al farid, generasi Al Quran yang unik.- Generasi yang faham agamanya dan tidak tenggelam dalam badai arus kebendaan yang merosakkan.
Penulis adalah Exco Penerangan dan Perhubungan ABIM Negeri Johor