Ads 468x60px

Photobucket

Oktober 08, 2008

Khairul Ariffin & Ahmad Razin ke United Kingdom

Pada 27 September 2008 yang lalu, SUA ABIM, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir telah selamat berangkat ke Glasgow, Scotland untuk melanjutkan pelajaran. Beliau akan berada di sana dalam tempoh 2 tahun bagi mengikuti pengajian sarjana (Masters in Laws, LLM) dalam bidang undang-undang.

ABIM sebelum itu, pada 22 September 2008, turut telah mengadakan sesi Iltizam Staf Khas untuk memberi peluang kepada yang hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Saudara Khairul Ariffin. Malahan dikesempatan tersebut, beliau telah menyampaikan harapan agar semua petugas dan aktivis ABIM untuk meneruskan kerja-kerja da’wah ABIM dengan penuh komitmen.

Sementara itu, pada 6 Oktober 2008 yang lalu pula, salah seorang daripada Exco ABIM Negeri Johor iaitu saudara Ahmad Razin Zainal Abidin telah turut belepas ke UK bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan di peringkat PhD. Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berangkat bersama isteri dan anak beliau untuk mengikuti pengajian selama 3 tahun di London.



Bersempena Aildilfitri 1429H, pada hari raya ke-4 yang lalu, saudara Salehuddin (SUN) beserta isteri dan saudara Zoolhilmi telah sempat menziarahi beliau di rumah keluarga beliau di Larkin Perdana, Johor Bahru dan menyampaikan pesanan dan harapan sahabat-sahabat lain yang tidak berkesempatan hadir.

Kami di Sekretariat ABIM Johor, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kedua-dua sahabat seperjuangan kita ini. Seluruh warga ABIM Johor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat melanjutkan pelajaran di bumi perantauan. Mudah-mudahan kedua-dua sahabat kita ini akan terus membantu menggerakkan dakwah Islam walau di mana beliau berada, dan akan kembali membantu memperkukuh perjuangan ABIM kelak.