Ads 468x60px

Photobucket

September 03, 2008

Ziarah Tokoh : Ustaz Kasno Kader

Alhamdulillah, pada 23hb Ogos kami sempat membuat ziarah tokoh Ustaz Kasno Bin Kader di rumah beliau di Klang, Selangor bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ke-47 PKPIM. Seramai kira-kira 9 orang yang terdiri dari ahli ABIM, pimpinan PKPIM kampus dan KPIJ menyertai ziarah yang diadakan pada waktu malam ini.

Sedikit latar belakang beliau. Beliau merupakan ahli awal KPIJ dan merupakan anak murid kepada arwah Ustaz Manan, YDP ABIM Johor yang pertama. Beliau juga merupakan bekas pelajar Maahad Johor kemudian menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang usuluddin, kemudian menjawat jawatan sebagai pengawai agama di ITM Shah Alam (kini UiTM), pernah menjadi ketua Unit Kerohanian dan menjadi pakar rujuk agama sebelum pencen pada tahun 2002.

Beliau yang kini terlibat sebagai ahli Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) juga merupakan mantan YDP ABIM Selangor yang ke-3 dan merupakan ayah kepada PSU ABIM Johor sekarang, Mohammad Afif. Kini, beliau aktif menyampaikan kuliah-kuliah maghrib di surau-surau dan masjid-masjid sekitar Selangor.

Bersama-sama ini kami tautkan beberapa beberapa gambar untuk tatapan dan makluman semua.