Program anjuran ABIM Johor dan ABIM Segamat ini turut melibatkan anjuran bersama PPD Daerah Segamat, Majlis Belia Segamat, Pejabat Belia Segamat dan JK Masjid Jamek Syed Alwi, Batu Anam, Segamat.
Penghayatan bulan Ramadhan melalui program-program pembudayaan dalam bulan Ramadhan sememangnya merupakan antara program tahunan yang akan dianjurkan oleh ABIM Johor sama ada di peringkat negeri mahu pun daerah. Pelaksanaannya yang berkonsepkan Ihya' Ar-Ramadhan merupakan usaha yang dimanfaatkan oleh ABIM Johor dalam ruang yang tersedia untuk menyebar luas penghayatan sebenar bulan Ramadhan kepada ahli masyarakat Islam terutamanya.
Antara pengisian utama dalam program ini ialah tadarus Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, ceramah Ramadhan, qiamullail, kuliah subuh, khidmat masyarakat, bengkel Smart Solat, bengkel SIHAT, tazkirah Ramadhan, dan sebagainya. Program ini insyaAllah akan dirasmikan oleh YB Ayub Rahmat, Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat.
Harapan besar kami moga segala urusan berkenaan program ini dan segala usaha ke arah jalan kebaikan demi agama Allah akan dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya jua. Bersamalah kita mendoakan kejayaan, keberkesanan dan kesinambungan program yang direncanakan ini.Berikut ialah tentatif program SIHAT Ramadhan 1429H untuk panduan bersama.
Sabtu (13 Ramadhan 1429H)
08.00 pg : Pendaftaran Peserta
09.00 pg : Ta’aruf / Ice Breaking / Solat Dhuha
11.00 pg : SIHAT 01 : Apa itu sihat ?
01.00 tgh : Solat Zohor
02.00 ptg : SIHAT 02 : Tadarus Al-Quran
04.00 ptg : Solat Asar
05.00 ptg : Khidmat Diri
05.30 ptg : Majlis Khatam Al-Quran
06.30 ptg : Majlis Perasmian
- Ucapan Alu-aluan YDP ABIM Segamat
- Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat
- Ucapan Perasmian : Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat
07.00 mlm : SIHAT 03 : Tazkirah Ramadhan
07.15 mlm : Berbuka Puasa / Solat Maghrib / Solat Tarawikh
09.30 mlm : SIHAT 04 : Ceramah Ramadhan
10.30 mlm : Minum malam
11.00 mlm : Rehat
Ahad (14 Ramadhan 1429H)
04.00 pg : SIHAT 05 : Qiammullai
05.00 pg : Sahur / Solat Subuh
06.15 pg : SIHAT 06 : Kuliah Subuh
07.15 pg : Khidmat diri / Solat Dhuha
08.00 pg : SIHAT 07 : Khidmat Masyarakat
10.30 pg : SIHAT 08 : Bengkel Solat
12.30 tgh : Rehat / Khidmat Diri
01.00 ptg : Solat Zohor
02.00 ptg : Majlis Perasmian Penutup, Penyampaian Sijil & Majlis Penyampaian
Kempen Seorang Sekampit Beras ABIM Negeri Johor
- Ucapan Alu-aluan YDP ABIM Negeri Johor
- Ucapan Pegawai Belia & Sukan Daerah Segamat
- Ucapan Perasmian Penutup Presiden ABIM
03.00 ptg : Bersurai.
Sebarang informasi berkenaan program ini atau program-program ABIM Johor sila hubungi pihak Sekretariat ABIM Johor (SAJ) di alamat perhubungan yang tertera pada bahagian Profil ABIM. Sekian dahulu untuk makluman semua.Moga usaha yang sedikit ini akan mendapat manfaat dan baraqah dari Allah SWT. Ameen..