SEBELUM anda menunaikan hasrat untuk memulaukan barangan keluaran Belanda, mahukah anda berhenti sejenak dan merenung semula niat anda tersebut? Pastikan apakah tindakan anda tersebut benar-benar didorong oleh akal yang waras, pertimbangan wacana yang tekun dan bukan bertunjangkan emosi dan cakap-cakap orang sahaja? Ini kerana anda perlu tahu yang Islam adalah berasaskan hujah, dan bukan emosi...........
......Untuk anda yang memerlukan kefahaman mendalam mengenai subjek ini, anda perlu mengetahui pertamanya, motif sebenar ahli parlimen Geert
Wilders yang memuat naik filem pendek berjudul Fitna di internet. Keduanya, anda perlu pula meng etahui isi filem Fitna tersebut sebelum memutuskan samada perlu memberi reaksi secara berakal atau beremosi. Ketiganya, anda perlu memutuskan bentuk muhasabah sebagai satu strategi untuk berdepan dengan fitnah-fitnah lain dari Barat..........
Ini adalah sedikit petikan yang ana ambil dari sumber asal di blog faisal tehrani. Ana amat tertarik dengan entri tersebut, jadi ana ingin kongsi bersama sahabat2. Mungkin akan ada lontaran pandangan dari yang lain, itu sangat2 dialu-alukan. Untuk bacaan penuh entri ini sila ke www.tehranifaisal.blogspot.com