Ads 468x60px

Photobucket

April 10, 2008

"AKHIRAT" : Fitnah Yang Lebih Besar Dari FITNA

DI DALAM kehebohan kita tentang isu filem? "Fitna" seputar ini, kita sbenarnya terlepas pandang pada sebuah filem yang sebenarnya merupakan FITNAH kepada kita sebagai umat Islam dalam kita dok sibuk2 mengatakan itu dan ini pada mamat Geert Wilders (yang dah sah2 bukan Islam) dan tengah sibuk melobi untuk boikot produk keluaran Belanda yang takde kena mengena. Tahu filem tersebut? Pernah dengar? Biar ana bantu, tajuknya "Akhirat".


Filem dengan skrip oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan. Baca sahaja promosi filem ini sejak tahun lalu, mereka sendiri mengaku begitu. Namun bila direnung dari aspek aspek dramaturgi, tidak tahu mana letak duduk agamanya "Akhirat" ini.


Sedikit preview untuk sahabat-sahabat... Filem "Akhirat" mengisahkan kehidupan seorang wanita, Mira, yang musnah setelah dirogol oleh seorang pengedar dan penagih dadah. Akibatnya Mira disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Kesengsaraan Mira ini pada awalnya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya, Amran, dan keluarga. Konflik tercetus apabila Amran sering ditolak oleh Mira saat Amran sedang berkobar-kobar ingin melanda isterinya. Dilema perasaan inilah yang mendorong Mira memperdaya Amran dengan Noni (adik iparnya). Amran yang tidak tahu dengan tindakan Mira ini, telah menuduh adik iparnya Noni cuba menggodanya, selain mencemarkan nama dan maruah keluarga. Dalam pada itu diselitkan kisah-kisah Noni yang liar dan sering bersetubuh haram dengan teman lelakinya, Ari.

Menurut produser S. Baldev Singh, "Akhirat" ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, "Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep
Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat".

KENAPA IA DIKATAKAN FITNAH? Ingin ana kongsikan dengan sahabat-sahabat beberapa perkara berkenaan dengan "Akhirat" ini yang melayakkan ia di cerca secercanya lebih hebat dari filem? pendek "Fitna" yang kita hebohkan sekarang ni. (Mohon komen sahabat2 yang dah tengok atau tahu tentang filem ini...)

1. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

2.
Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko - keinsafan Noni hanyalah kerana 'saya telah salah berkawan' dan bukan kerana 'Allah melarang zina dan ia dosa besar'. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.

3. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council.

4.
Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog jahil menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi. Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata 'ini takdir'. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.

5. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul "Akhirat" yang ditatang.

6. Lebih menyedihkan filem ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS. Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Virus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti sarcoma kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira. Tiada penyelidikan langsung!

7. Dan alasan utama filem "Akhirat" (meskipun penerbitnya bukan Islam, dan DOP pun dari Mumbai) ini dikatakan fitnah yang lebih besar dari filem? "Fitna" yang dihasilkan oleh seorang bukan Islam dan jahil tentang Islam ialah kerana filem ini diarahkan oleh seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa tetapi adalah pemimpin sebuah organisasi pengamal filem.

Buat sahabat-sahabat, mungkin kita perlu memikirkan perkara ini walaupun di dalam kesibukan kita bekerja untuk diri dan keluarga dan umat kerana inilah antara punca sebenar timbulnya ketidakfahaman masyarakat bukan Islam terhadap Islam (yang antara akibatnya ialah filem? "Fitna", golongan anti-Islam, Islamophobia dan lain2 lagi).