Ads 468x60px

Photobucket

Oktober 30, 2014

Usrah Gabungan - KPIJ - ABIM - WADAH -

  
Catatan Usrah Gabungan - KPIJ - ABIM - WADAH-

Fitnah Hati

“Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tumpang tindih satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan hawa nafsunya.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207).

-Berhati2 dengan penyakit yang ada dalam dakwah-- apabila dia rasa sudah sempurna--merasakan sudah capai tahap makrifat

-"antara kita dengan syaitan, syaitan lebih mengenali Allah, setakat memesongkan orang beriman adalah perkara mudah, jangan bergantung kepada amal, sentiasa bersihkan hati, semakin rapat dengan Allah S.W.T.

-Sasaran pendidikan adalah hati, untuk mengubah dan berubah perlu 'transform' hati..

-Hijrah hati semata2 kerana Allah S.W.T, jika hijrah kerana sesuatu yang lain, maka hijrah dinamakan dengan sebab hijrahnya. Hijrah berlaku disekeliling kita,atau dikenali sebagai 'transformasi' atau penggunaan nama yang lain. 

-Hati dan Ilmu harus diselaraskan-- tidak semestinya orang yang nampak alim itu, hatinya baik

-Berusahalah membersihkan hati, hati memainkan peranan penting dalam keikhlasan, ikhlas memberatkan timbangan

Allahua'alam =)