KSSB 2014, KG SEPAKAT, JOHOR
Alhamdulillah... 5 julai 2014, ABIM JOHOR meneruskan penyerahan sekampit beras di Kampung Sepakat, Skudai, Johor. Kebanyakan penerima adalah warga emas dan tidak menerima apa2 bantuan. melihat wajah tua yang menyimpan 1001 pengalaman, pahit manis, suka dan duka, membuatkan diri ini merindui mak dan ayah di kampung. Moga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang baik kepada warga emas ini.
Ni pak Ya dan isteri... mendengar hakikat hidup pak cik dan mak cik membuatkan saya bergenang air mata... umur mak cik sudah dekat 60 tahun, ada sakit parkinson.. umur pak cik lebih 70 tahun.. sebetulnya, kedua nya tidak bekerja, tidak menerima apa2 bantuan. untuk meneruskan kelangsungan hidup, waktu petang mak cik dan pak cik pergi taman jaya, bekerja cuci pinggan dan lab meja.. dengan upah inilah digunakan untuk membeli juadah puasa
ini rumah salah seorang penerima... iaitu rumah pakya... pakya cuba tunjuk atap rumahnye yang dah bocor dan terkopak... kata pakya, boleh tengok bulan dan bintang dari dalam rumah...sampai ke hari ini mereka berdua perlu bekerja seperti jual ulam2, cuci pinggan, lap meja dan tolong orang menjual di bazar bagi mendapatkan upah untuk membeli makanan...pemohonan jkm ditolak atas alasan ada anak... kata jkm, sekurang2nya, anak bg RM10 sebulan, tapi realitinya, kata isteri Pakya, jangan katakan sebulan.. RM10 untk setahun pun xde... jadi mereka terpaksa bekerja utk menyara hidup
ABIM Johor tidak berkesempatan untuk ziarah kerumah penerima yang lain atas faktor masa. In syaa Allah, dilain masa kami akan menziarahi mereka lagi disini.
Kepada yang berminat untuk menyertai Program anjuran ABIM Johor, boleh berdaftar sebagai sukarelawan..
sekian perkongsian di kg sepakat