Ads 468x60px

Photobucket

November 13, 2011

HIKMAH RASULULLAH

Bagaimana Nabi Muhammad Mendorong VIP Meniru Perbuatan Orang Kecil
Nabi Muhammad adalah seorang pendorong perubahan tingkah laku. Beliau mendorong semua kategori orang, daripada penjenayah sehinggalah orang-orang yang beriman, daripada kanak-kanak sehinggalah orang tua, semuanya supaya meningkatkan prestasi amal-amal baik mereka.

Lazimnya, kita mendorong orang-orang kecil supaya mencontohi tingkah laku orang-orang besar. Perkara begini pun dilakukan oleh Nabi Muhammad. Namun beliau juga mendorong orang-orang besar supaya mencontohi tingkah laku orang-orang kecil, sebagaimana yang pernah dicatatkan dalam rekod sejarah.

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Ibnu Umar. Dalam catatan sejarah, beliau ada melaporkan suatu peristiwa yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad mendorong orang-orang besar supaya meniru perbuatan orang-orang kecil.

Dalam laporannya, Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibukakan disebabkan kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.