16 Oktober 2011, Ahad - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Daerah Batu Pahat melalui Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat bersama BP Care dan Kelab Cergas telah berjaya menganjurkan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak bagi sama-sama meraikan sambutan tersebut di peringkat masyarakat akar umbi dengan tujuan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli masyarakat itu sendiri.
Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini juga telah melibatkan sekumpulan pelajar kokurikulum khidmat masyarakat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat selain penggerak BP Care, sebuah NGO Ibu Tunggal di daerah ini dan penggerak Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat yang diketuai oleh penasihatnya sendiri, Sdr. Mohd Azlan Mohd Sharif.
Diharapkan program yang mendapat maklum balas positif dari orang ramai ini akan diteruskan dan dijalankan juga di daerah-daerah lain.