Ads 468x60px

Photobucket

Oktober 10, 2011

Kem Bina Insan

8 Oktober 2011, Sabtu - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama PIBG Sek. Keb. Pintas Puding telah berjaya menganjurkan sebuah program motivasi pendidikan "Kem Bina Insan" yang bertempat di Sek. Keb. Pintas Puding, Batu Pahat. Para peserta kem ini adalah terdiri daripada para pelajar Tahun 6 yang telah pun selesai menduduki peperiksaan UPSR yang lalu.

Kem ini merupakan inisiatif bijak oleh pihak penganjur, ABIM dan sekolah yang bertujuan untuk memberikan satu pengisian bermakna dan bermanfaat terutamanya selepas menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR. Peluang ini juga telah diambil untuk memberikan gambaran jelas dan pendedahan kepada para pelajar sekolah Tahun 6 yang mengikuti program tersebut berkenaan alam persekolahan di sekolah menengah. 

Melalui kem ini juga, para pelajar diberi bimbingan tentang kepentingan sahsiah diri yang cemerlang, bekerjasama dalam kumpulan, dan banyak lagi.

Program ini telah dijalankan seawal 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang yang turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus Tun Hussein Onn Malaysia, Batu pahat yang bertindak sebagai abang dan kakak fasilitator program. Tidak ketinggalan ialah barisan penggerak Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat sendiri yang diketuai oleh Sdr. Mohd Muhsein Taib, Setiausaha ABIM Cawangan Batu Pahat dan Sdr. Muhammad Uzma Radzi sebagai Pengarah Program.

Diharapkan program yang mendapat maklum balas positif dari pelajar dan pihak sekolah ini akan diteruskan dan dijalankan juga di daerah-daerah lain.