Ads 468x60px

Photobucket

September 30, 2011

ABIM Batu Pahat Aktif Bersama Masyarakat

Oleh : Abu Muhammad (II)

Pada 28 September 2011, Maghrib bersama telah diadakan Ziarah Brother (ZIBRO) dan Mesyuarat Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat di rumah Yang Di-Pertua ABIM Batu Pahat, Sdr. Mohd Salehuddin Bin Ahmat Miskam.

Ziarah yang disertai oleh jawatankuasa sekretariat turut disertai oleh Sdr. Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, Exco ABIM Batu Pahat merangkap Exco Majlis Belia Daerah Batu Pahat.

Beberapa berbincangan berkaitan hala tuju sekretariat dan program-program terdekat telah dibincangkan. Antaranya Program Kajian Sungai & pantai Batu Pahat yang akan diadakan pada 1 Oktober 2011 bersama pelajar-pelajar Projek Sarjana Muda (PSM) UTHM. Pada 2 Oktober 2011 ABIM Batu Pahat diamanahkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Batu Pahat untuk mengendalikan program Sembelihan & Pengurusan Jenazah bertempat di Pusat Rakan Muda, Batu Pahat.

Pada 8 Oktober 2011 pula, Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat dijemput bersama untuk memberikan pengisian kepada 156 orang pelajar lepasan UPSR SK Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat. Pengisian yang dicadangkan lebih kepada persediaan adik-adik ini sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah.

Pada 19-20 November 2011 Program Khidmat Masyarakat Alam Sekitar bersama masyarakat Orang Asli di kawasan Minyak Beku, Batu Pahat akan diadakan bersama pelajar-pelajar Kuliah Kokurikulum Khidmat Masyarakat UTHM.

Antara pengisian yang menarik yang akan dilaksanakan ialah melakukan tinjauan dengan menyelusuri sungai dan pantai dengan menaiki bot untuk melihat kesan pencemaran sungai dan laut akibat daripada najis khinzir dari kandang khinzir berdekatan, pembersihan kawasan Pulau Sialu dan perkhemahan di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli. Program yang dirangka juga Insya-Allah akan mendapat kerjasama Pejabat Alam Sekitar Batu Pahat serta Sinar Harian untuk liputan. Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat dengan kerjasama Skuad Prihatin ABIM Johor juga akan turut melaksanakan program penyampaian beras kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di sana.

Yang terakhirnya ialah Program Qorban ABIM, PUM dan PERKIM sempena EidulAdha yang akan diadakan di Masjid Kg. Sungai Ayam, Batu Pahat pada 7 November 2011. Program yang diadakan dengan kerjasama PUM, PERKIM, BP Care mendapat kerjasama baik dari Pejabat Agama Daerah Batu Pahat dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi PERKIM Daerah Batu Pahat.

Semoga segala perencanaan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Kepada individu yang berhasrat menyumbangkan sumbangan dana dan tenaga bagi menjayakan program-program yang dirangka boleh menghubungi Sdr. Mohd Salehuddin Ahmat Miskam (019-7718648) dan Sdr. Mohd Azlan Bin Mohd Shariff (0127844396).